Categories: Automobile

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan hingga 26 Okt di Lebuhraya Utara-Selatan sempena Deepavali – PLUS

[ad_1]

Sempena dengan sambutan perayaan Deepavali yang bakal diraikan pada 24 Oktober (Isnin) ini, pastinya ramai di antara kita yang merancang untuk pulang ke kampung halaman atau ke mana-mana destinasi kerana melibatkan ‘cuti’ yang agak panjang. Malah sekolah juga menerima cuti tambahan hingga Selasa (25 Oktober) ini,

Sehubungan itu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan jumlah trafik akan melonjak bermula hari ini hingga Rabu hadapan (26 Oktober 2022). Oleh itu, PLUS menasihatkan pengguna lebuhraya dari Lembah Klang yang menuju ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor supaya memasuki lebuhraya sebelum jam 10 pagi.

Manakala, pengguna lebuhraya dari negeri-negeri tersebut yang bergerak pulang ke Lembah Klang bermula 24 hingga 26 Oktober pula disarankan supaya memasuki lebuhraya sebelum jam 10 pagi.

“Kami menjangkakan sebanyak 1.9 juta kenderaan akan menggunakan semua rangkaian lebuhraya kami setiap hari semasa cuti perayaan Deepavali bermula 21 Oktober (hari ini) berbanding 1.7 juta kenderaan sehari pada hari biasa.

“Oleh yang demikian, PLUS mengeluarkan jadual TTA untuk membantu orang ramai merancang perjalanan mereka di samping membantu kami mengagihkan trafik yang bergerak di pelbagai destinasi. Jadual TTA ini boleh juga boleh dirujuk di laman internet www.plus.com.my serta saluran-saluran media sosial PLUS,” kata Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.

Selain itu, PLUS juga akan memastikan tiada penutupan lorong atau kerja-kerja penyelenggaraan serta naik taraf atau pembinaan dilaksanakan di lebuhraya kendaliannya di antara 21 hingga 25 Oktober ini bagi memastikan tiada gangguan terhadap perjalanan orang ramai.

Namun begitu, lorong mungkin terpaksa ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja kecemasan seperti pengalihan kenderaan yang terlibat di dalam kemalangan, pembersihan lokasi kemalangan dan kerja-kerja pembaikan yang kritikal dilaksanakan secepat mungkin.

“Oleh yang demikian, PLUS dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan mengaktifkan Ujian Awam SmartLane (melibatkan pembukaan dan penggunaan lorong kecemasan kepada kenderaan) di laluan di antara Bukit Tambun (KM150.6) menghala ke Plaza Tol Juru (KM146.2) bermula jam 3 petang hingga 6 petang pada 21 Oktober untuk melancarkan pergerakan trafik ke Utara.

“Bagi perjalanan ke Selatan pada 26 Oktober, Ujian Awam SmartLane akan diaktifkan di antara Persimpangan Sungai Petani Selatan (KM107.6) hingga Hentian Sebelah Tikam Batu (KM113) bermula jam 2 petang hingga 6 petang. Hasil daripada Ujian Awam SmartLane ini akan dibentangkan kepada pihak berkuasa untuk diadaptasikan di lokasi lain pada masa yang akan datang,” jelas Datuk Zakaria.

Pengguna lebuhraya juga dinasihatkan mempunyai baki yang mencukupi dalam kad Contact ‘n Go, atau e-Pockets untuk transaksi tol dengan pilihan pembayaran sama ada menggunakan kad Contact ‘n Go, SmarTAG atau RFID sebelum memasuki lebuhraya bagi mengelakkan sebarang kesulitan serta memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk perjalanan yang jauh.

Dengan memuat turun Aplikasi PLUS, anda boleh merancang perjalanan dan mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya. Sebagai alternatif, anda boleh mengikuti laporan trafik menerusi Twitter @PLUSTrafik, talian PLUSLine 1800-88-0000, Chatbot PUTRI serta papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih. Anda juga disaran menggunakan Aplikasi Waze atau Google Map.

[ad_2]
Source link
admin

Recent Posts

Techniques for Claiming Mostbet No Deposit Add-ons

Hey there, casino enthusiasts! For anyone who is on the hunt for exciting strategies to…

2 hours ago

Top rated Strategies for bwinbet365 Sports Wagering Success

Welcome to the powerful world of sports betting! Whether or not you're just starting or…

2 days ago

Motivational Christmas Sayings for the Period

Hey there, festive folks! It is actually that time of year again when the atmosphere…

5 days ago

The best way to Design Effective Custom IDENTITY Cards

Before we begin the design process, why don't we discuss why custom identity cards are…

5 days ago

Tips on how to Manage Entrance Exam Pressure

Hey there! Are you feeling a little bit overwhelmed with the entrance assessments coming up?…

5 days ago

Top Strategies for Winning at Slot Games

Hey there, fellow slot enthusiast! If you're reading this, chances are you're looking to level…

5 days ago