Italjet Dragster 125 dan 200 dipertonton untuk pasaran Malaysia – harga anggaran RM30k dan RM35k

5

[ad_1]

Sebelum dilancarkan secara rasmi Sabtu ini, Chear World telah membuat pra tonton awal Italjet Dragster untuk pasaran Malaysia. Mannequin ini akan ditawarkan dalam dua versi, iaitu Dragster 125 dan Dragster 200, dengan harga yang dijangkakan berada sekitar masing-masing RM29,800 dan RM34,800.

Perbezaan antara dua mannequin ini hanya pada kapasiti enjin satu silinder penyejukan udara dengan sistem suntikan bahan apinya, iaitu Dragster 125 menggunakan kapasiti 124 cc manakala Dragster 200 berkapasiti 181 cc. Kuasanya masing-masing adalah 9.2 hp/10.5 Nm dan 17.2 hp/15.5 Nm.

Enjin ini dipadankan bersama transmisi automatik dengan sistem tali sawat, untuk menghantar kuasa kepada roda belakang yang menggunakan rim 13 inci, sementara rim hadapan menggunakan saiz 12 inci. Tayarnya masing-masing adalah bersaiz 140/70 dan 120/70.

Untuk suspensi, Dragster 125 dan 200 ini menggunakan tetapan unik, di mana bahagian hadapannya dipasang dengan sistem lengan sebelah (seperti entrance yoke) yang dipadankan bersama penyerap yang boleh dilaras untuk mampatan dan pra beban sementara bahagian belakang menggunakan monoshock dengan pelarasan pra beban.

Panel badan skuter ini adalah ringkas, dengan banyak bahagian yang terdedah, sementara semua lampunya menggunakan unit LED. Kelengkapan lain yang disediakan adalah termasuk tangki bahan api sembilan liter, ABS dual-channel, angkup brek Brembo depan dan belakang, serta tinggi tempat duduk 770 mm. Berat keseluruhan Dragster adalah 140 kg.



[ad_2]
Source link