Categories: Automobile

Isuzu buka cawangan 3S berimej korperat baru sulung

[ad_1]

Isuzu Malaysia hari ini memperkenalkan cawangan dengan penampilan imej korporat baru oleh Autoexec Company 3S Centre, di Kuala Lumpur.

Cawangan ini menampilkan imej jenama yang kuat untuk mencerminkan perubahan wajah depan perniagaan Isuzu di sini. Elemen rekaan moden dan kemudahan yang dipertingkatkan dihadirkan bagi memastikan pelanggan bukan sekadar membeli barisan produk yang bagus, tetapi turut menerima layanan jualan dan lepas jualan yang cemerlang di bawah satu bumbung,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe.

Pusat 3S terbaru Autoexec Company terletak di atas kawasan dengan keluasan 1,400 meter persegi di Jalan Jinjang Permai di pinggir Kuala Lumpur dan menawarkan barisan lengkap produk serta servis Isuzu, dari trak pikap Isuzu D-Max hinggalah kepada lori tugasan ringan, medium, berat dan juga penggerak utama (prime mover).

Bilik pamerannya menampilkan ruang berpendingin di mana trak pikap dipamerkan serta lori juga ditunjukkan di bawah kawasan berbumbung untuk keselesaan semua. Cawangan ini juga menempatkan ruang servis luas yang boleh menampung sehingga empat kenderaan tugasan ringan serta dua trak tugasan sederhana dalam satu masa. Pelanggan yang membawa kenderaan mereka untuk pemeriksaan lepas jualan boleh menikmati hidangan ringan yang disediakan di ruang menunggu yang sangat selesa sementara juruteknik terlatih melayani keperluan
kenderaan Isuzu mereka.

Cawangan Isuzu selepas ini juga akan dibezakan dengan penggunaan emblem Isuzu baru yang ditampilkan di depan bangunan serta di menara emblem khas di gerbang masuk ke premis. Pusat 3S, yang khususnya menawarkan penjagaan lepas jualan untuk trak juga menampilkan ruang yang cukup luas bagi memudahkan parkir serta pengendalian keluar-masuk.

Di dalam, cawangan baru ini juga hadir dengan penampilan lebih berkarismatik dengan ciri khusus sebagai panduan mudah untuk pengunjung mengetahui keseluruhan tataletak di premis berkenaan. Cawangan Autoexec Company di Kuala Lumpur menjadi cawangan pertama yang menampilkan wajah baru ini dan langkah sama akan diikuti di seluruh negara selepas ini. Peralihan dan perubahan ini akan mengambil masa hampir dua tahun untuk diselesaiakan dengan keseluruhan rangkaian dijangka akan mempamerkan identiti baru ini menjelang Disember 2024.

[ad_2]
Source link
admin

Recent Posts

Motivational Christmas Sayings for the Period

Hey there, festive folks! It is actually that time of year again when the atmosphere…

23 hours ago

The best way to Design Effective Custom IDENTITY Cards

Before we begin the design process, why don't we discuss why custom identity cards are…

1 day ago

Tips on how to Manage Entrance Exam Pressure

Hey there! Are you feeling a little bit overwhelmed with the entrance assessments coming up?…

1 day ago

Top Strategies for Winning at Slot Games

Hey there, fellow slot enthusiast! If you're reading this, chances are you're looking to level…

1 day ago

Typically the Growing Demand for Digital Marketing savvy

Hey there! If you've been considering diving into digital advertising, you're onto something significant. The…

1 day ago

The particular Rise of Dodo69 Video game titles Community

Hey there, fellow video game enthusiast! Have you heard about the hottest buzz in the…

4 days ago