[ad_1]
Pengarah Urusan Shell Malaysia Buying and selling Shairan Huzani Husain atau lebih senang dikenali sebagai Pakcik Shell, sekali lagi memperkatakan tentang mitos lain yang berkaitan dengan pengisian minyak kenderaan. Kali ini, memfokuskan sama ada mengisi dengan perlahan akan dapat memberikan jumlah minyak yang lebih banyak berbanding melakukannya dengan cepat.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram rasminya, Pakcik Shell dirakamkan menggunakan pam minyak untuk mengisi 10 liter petrol RON 95 ke dalam sebuah balang. Semasa dia mengisi dengan cepat dengan menekan sepenuhnya pemegang pada muncung pengisi minyak tersebut, seorang lagi pekerja Shell (dipanggil William) sedang mengisi satu lagi balang pada kadar yang jauh lebih perlahan
Selepas kedua-dua balang itu penuh, ia membuktikan kedua-duanya juga boleh diisi dengan isipadu tepat 10 liter bagi petrol RON 95, tidak kiralah sama ada ia diisi secara perlahan mahu pun cepat, malah amaun yang terpapar pada pam juga sama.
Sebelum ini, Pakcik Shell juga pernah mengendalikan eksperimen yang lebih kurang sama pada Mac lalu dengan teori yang berlegar-legar di laman media sosial yang mendakwa tekanan sepenuhnya pada pemegang muncung pengisi minyak akan memberikan jumlah minyak yang lebih sikit berbanding dengan jumlah yang dibayar – itu juga tidak dapat dibuktikan.
Teori sedemikian timbul kerana tanggapan bahawa petrol menguap dengan sangat mudah, jadi apabila minyak dipam pada kadar yang lebih cepat, dipercayai bahawa lebih banyak daripadanya akan “hilang” ke udara. Ya, penyejatan minyak memang berlaku semasa mengisinya dan boleh dipengaruhi oleh suhu dan faktor persekitaran lain, tetapi kesannya terhadap jumlahnya adalah kecil, seperti yang dibuktikan oleh eksperimen.
Memanglah tiada halangan sekiranya anda mahu mengisi minyak secara perlahan, tetapi sebenarnya ia lebih membuang masa saja. Tiada keperluan yang signifikan untuk berbuat demikian, malah turut membuang masa mereka yang sedang menanti giliran di belakang anda.
Welcome to the powerful world of sports betting! Whether or not you're just starting or…
Hey there, festive folks! It is actually that time of year again when the atmosphere…
Before we begin the design process, why don't we discuss why custom identity cards are…
Hey there! Are you feeling a little bit overwhelmed with the entrance assessments coming up?…
Hey there, fellow slot enthusiast! If you're reading this, chances are you're looking to level…
Hey there! If you've been considering diving into digital advertising, you're onto something significant. The…