[ad_1]
Pada masa ini anda mungkin sudah tahu tentang WR-V, SUV baru Honda yang diperkenalkan buat kali pertama di Indonesia beberapa hari lalu dan akan mula dipasang di negara itu bulan hadapan. Eksport pula akan bermula pada tahun 2023.
Adakah WR-V ini akan tiba di negara kita? Ia satu prospek yang menarik, melihat kepada bentuk badan yang menjadi kegemaran sekarang, bersama jenama yang cukup standard di Malaysia. Melihat kepada saiz dan harga, SUV ini diletakkan bawah daripada HR-V (segmen B) dan bakal menjadi pesaing kepada Daihatsu Rocky dan Toyota Raize, yang juga merupakan kembar kepada Perodua Ativa.
Ia mempunyai ukuran 4,060 mm panjang dan 1,780 mm lebar, iaitu 5 mm lebih pendek berbanding Ativa, tetapi 70 mm lebih lebar. Dengan tinggi 1,608 mm, WR-V ini 27 mm lebih rendah berbanding Ativa sementara jarak antara roda 2,485 mm pula adalah 40 mm lebih pendek berbanding Ativa. Jarak dari tanah adalah 220 mm (Ativa 200 mm) manakala ruang however adalah 380 liter (Ativa 369 liter). Kedua-duanya juga berada dalam segmen sama.
Setakat ini, adakah SUV baru Honda dengan saiz seperti Ativa ini kedengaran menarik bagi anda? Bagaimana pula kalau kami beritahu di Indonesia, SUV ini dijual lebih murah berbanding Metropolis Hatchback?
Di negara itu, Metropolis Hatchback RS dengan Honda Sensing dijual pada harga 362.6 juta Rupiah, iaitu bersamaan RM109,431. WR-V RS Sensing yang paling tinggi (ADAS biasanya adalah pilihan tambahan di Indonesia) pula berharga 309.9 juta Rupiah (RM93,939). Ini menunjukkan WR-V 14% lebih murah berbanding Metropolis Hatchback.
Perlu diambil tahu juga bahawa Metropolis Hatchback RS di Indonesia menggunakan enjin petrol 1.5 liter i-VTEC, dan bukannya e:HEV seperti di Malaysia. Melalui ini, maknanya perbandingan yang dibuat adalah pada mannequin yang menggunakan padanan enjin, transmisi serta spesifikasi yang sama, cuma WR-V bersaiz lebih kecil.
Selalu kami katakan, agak sukar untuk jenama bukan nasional memperkenalkan mannequin segmen permulaan di pasaran kita dan menjadi kompetitif pada aspek spesifikasi dan harga berbanding pesaing jenama nasional.
Ini antaranya disebabkan oleh Perodua dapat menawarkan mannequin dengan spesifikasi tinggi, dan mempunyai kelebihan apabila menetapkan harga (menjadi lebih rendah disebabkan jenama nasional). Jurang harga antara Ativa paling tinggi, iaitu AV (RM72,600) dengan Honda HR-V paling asas (RM114,800) adalah RM42k.
Apabila kita gunakan perbezaan harga sebanyak 14% ini pada Metropolis Hatchback V Sensing yang dijual di Malaysia pada harga RM95,600, ia membawa kepada harga RM82,216. Ini adalah RM10k lebih berbanding Ativa AV di Malaysia. Metropolis Hatchback RS negara kita tidak digunakan sebagai perbandingan kerana ia menggunakan enjin hibrid.
Jadi, adakah anda akan memilih WR-V sekiranya harganya RM10k lebih tinggi berbanding Ativa? Apa kata anda jangan buat keputusan dulu, dan lihat kepada spesifikasinya.
WR-V ditawarkan di Indonesia dalam dua varian — E yang paling asas dengan rim 16-inci lima-jejari dan tayar 215/60, serta RS dengan rim 17-inci dua tona dan tayar 215/55. WR-V E datang dengan kelengkapan seperti penghidup enjin jarak jauh, butang Push Begin, skrin sentuh 7-inci, kamera undur dengan pandangan pelbagai sudut, empat pembesar suara, panel pendingin hawa digital, kerusi fabrik dan empat beg udara dengan VSA.
RS yang lebih sporty pula menerima tambahan lampu depan LED dengan DRL LED, ciri kunci pintu automatik ketika bergerak meninggalkan kereta, kluster meter digital dengan paparan 4.2-inci, enam pembesar suara, kerusi gabungan kulit dan fabrik, stereng dan tombol gear balutan kulit, pendingin automatik dan cermin sisi lipatan automatik.
Ciri keselamatan Honda Sensing bukan ciri customary untuk RS: ada juga penawaran RS dengan Sensing. Pilihan paling lengkap ini hadir dengan ciri ADAS (CMBS, RDM, ACC, LKAS, LCDN, AHB) serta LaneWatch, enam beg udara dan lampu automatik.
Pilihan warna terdiri daripada Taffeta White (E sahaja), Meteoroid Grey Metallic, Crystal Black Pearl, Stellar Diamond Pearl (RS sahaja) dan Ignite Pink Metallic (RS sahaja). Bumbung hitam untuk warna Ignite Pink Metallic RS pula akan melibatkan tambahan Rp.2.5 juta (RM757).
Jadi, apa pendapat anda dengan spesifikasi WR-V dan adakah anda akan membeli sekiranya harganya RM10k lebih berbanding Ativa varian paling tinggi? Satu perbezaan besar antara dua SUV kecil ini adalah mannequin Perodua itu menggunakan enjin lebih kecil, iaitu unit 1.0 liter turbo, berbanding 1.5L NA pada WR-V.
GALERI: Honda WR-V pasaran Indonesia
Before we jump to the games, let's talk somewhat about Suster123. It's a well-liked online…
Hey there, fashion lovers! If you're anything like me, you love finding stylish clothes without…
Before jumping into recovery mode, it's essential to confirm that the platform you dealt with…
What is Basketball? Baseball is a fast-paced team game played by two teams of five…
Hey there! You've probably heard the buzz about CDT weed lately and are curious about…
In the vast world of industry, machine pumps play a crucial function in a variety…