Honda Insurgent 500 2023 diberi perubahan penampilan

6

[ad_1]

Bagi mannequin keluaran tahun 2023, Honda telah memperbaharui mannequin Insurgent 500 dengan tiga warna baru bagi mannequin customary, iaitu Mat Gunpowder Black Metallic, Pearl Smoky Grey dan Sweet Diesel Pink, sementara mannequin S yang datang dengan pelindung lampu hadapan (headlamp cowl), pelindung fork warna hitam, serta tempat duduk dibalut fabrik jahitan diamond ditawarkan dalam warna baru Titanium Metallic.

Spesifikasi teknikal motosikal bergaya ala bobber ini masih tidak berubah, bermula dengan enjin yang terdiri daripada unit dua silinder, lapan injap, DOHC 471 cc dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI, bersama gabungan transmisi enam kelajuan, menghasilkan 46 hp pada 8,500 rpm dan 43.3 Nm tork pada 6,000 rpm. Kuasa ini disampaikan kepada roda belakang melalui sistem rantai.

Diperkenalkan kali pertama pada tahun 2017, Insurgent 500 kemudiannya diberikan peningkatan pada tahun 2020, yang termasuk tempat duduk serta tetapan suspensi lebih selesa dan praktikal, rekaan lampu LED baru berserta lampu penunjuk arah LED serta sistem ekzos serba baru yang membantu ia mendapat penarafan emisi Euro 5.

Rim 16 inci pada Insurgent 500 dibalut dengan tayar yang tebal, iaitu bersaiz 130/90 di hadapan dan 150/80 di belakang, sementara suspensinya pula adalah berjenis konvensional, terdiri daripada fork teleskopik 41 mm di hadapan dan dua penyerap hentak Showa di belakang.

Kelengkapan lain Insurgent 500 adalah termasuk tangki bahan api 11.2 liter, panel meter digital, brek cakera hadapan dan belakang dengan sistem ABS two-channel, klac help & slipper, tinggi tempat duduk 690 mm dan berat 191 kg. Motosikal ini juga ditawarkan dengan pelbagai aksesori tambahan di dalam katalog Honda seperti beg barangan, soket pengecas USB, penyandar belakang dan pelindung lampu hadapan.



[ad_2]
Source link