Categories: Automobile

Honda Prologue 2024 didedah – SUV EV guna platform serta teknologi bateri GM, lebih besar daripada CR-V

[ad_1]

Honda akhirnya mendedahkan secara rasmi Prologue serba baru, iaitu sebuah SUV elektrik penuh yang akan mula dijual di Amerika Utara pada tahun 2024. Mannequin ini merupakan satu kerjasama antara Honda dengan Normal Motors (GM), dan dibina atas platform elektrik modular serta teknologi bateri Ultium (turut digunakan pada Chevrolet Blazer EV) pengeluar dari Amerika Syarikat tersebut.

Buat masa ini, Honda masih belum mendedahkan spesifikasi bagi EV baru ini, tetapi laporan mendakwa, ia berkemungkinan sama seperti Blazer EV. Mannequin Chevrolet tersebut ditawarkan dalam versi yang menggunakan satu motor elektrik yang terletak sama ada di hadapan (FWD) ataupun belakang (RWD), serta satu pilihan lagi adalah yang menggunakan dua motor elektrik (AWD).

Varian SS yang paling berkuasa menggunakan tetapan AWD, dengan kuasa sehingga 565 PS (557 hp atau 415 kW), dan tork 879 Nm, manakala jarak geraknya pula adalah 467 km. Antara semua varian yang ditawarkan, varian RS menyediakan jarak gerak paling jauh, iaitu 515 km dengan sekali cas penuh.

Sementara perincian tentang penggeraknya masih dirahsiakan, perkara lain pula sudah didedahkan oleh Honda. Sebagai permulaan, dalam penawaran produk mereka, SUV elektrik ini akan diletakkan di atas CR-V baru dan selari dengan mannequin Passport.

Melihat kepada saiz, Prologue mencatat ukuran panjang 4,877 mm, lebar 1,989 mm, tinggi 1,643 mm dan jarak roda 3,094 mm. Jika dibandingkan dengan CR-V generasi keenam, ia 183 mm pebih panjang, 125 mm lebih lebar, 38 mm lebih rendah serta mempunyai jarak roda 394 mm lebih panjang.

Reka bentuk Prologue dihasilkan oleh Honda Design Studio di Los Angeles. Membawa konsep rekaan ringkas dan bersih, anda juga boleh menyaksikan bahagian belakang yang kelihatan seakan mannequin Vary Rover Evoque, terutamanya lampu belakang. Menurut Honda, mannequin yang ditunjukkan ini menggunakan rim 21 inci dan dilengkapi bumbung panoramik.

Di dalam, Honda hanya menggunakan skrin sesentuh 11.3 inci untuk sistem infotainmen, sementara di bawahnya terdapat dua tombol dan susunan butang kawalan. Corong pendingin hawa dijadikan sama bentuk seperti kemasan jalur melintang di atas papan pemuka.

Untuk panel instrumen pula terdapat skrin 11 inci di hadapan pemandu, sementara pada stereng dan konsol tengah tidak terdapat banyak butang kawalan. Di bahagian kiri papan pemuka terdapat beberapa butang untuk kawalan fungsi brek parkir elektronik, mod Sport serta sistem Lane Centring Help.

Menurut Honda, lebih banyak lagi perincian Prologue akan didedahkan dalam bulan-bulan yang mendatang, jadi sementara itu kita masih perlu menunggu untuk mengtahui lebih lanjut tentangnya.

[ad_2]
Source link
admin

Recent Posts

Top rated Strategies for bwinbet365 Sports Wagering Success

Welcome to the powerful world of sports betting! Whether or not you're just starting or…

2 days ago

Motivational Christmas Sayings for the Period

Hey there, festive folks! It is actually that time of year again when the atmosphere…

5 days ago

The best way to Design Effective Custom IDENTITY Cards

Before we begin the design process, why don't we discuss why custom identity cards are…

5 days ago

Tips on how to Manage Entrance Exam Pressure

Hey there! Are you feeling a little bit overwhelmed with the entrance assessments coming up?…

5 days ago

Top Strategies for Winning at Slot Games

Hey there, fellow slot enthusiast! If you're reading this, chances are you're looking to level…

5 days ago

Typically the Growing Demand for Digital Marketing savvy

Hey there! If you've been considering diving into digital advertising, you're onto something significant. The…

5 days ago