Categories: Automobile

Honda HR-V EV prototaip mula ditunjuk di Thailand — SUV elektrik penuh untuk ASEAN, Malaysia bila?

[ad_1]

Ketika acara Ekspo Permotoran Antarabangsa Thailand 2022 yang sedang berlangsung, Honda Thailand membawakan sebuah kereta sebagai kejutan dalam bentuk SUV e:Prototype, yang sebelum ini pertama kali membuat penampilan international di Auto Shanghai tahun lalu.

Bertindak sebagai pra-tonton kepada versi elektrik sepenuhnya bagi HR-V generasi ketiga, kereta konsep berkenaan dilanjutkan sebagai produk konsumer ketika mannequin kembar e:NS1 dan e:NP1 (satu oleh Dongfeng Honda dan satu lagi oleh GAC Honda) didedahkan di China pada Oktober lalu.

Versi international bagi kereta elektrik berkenaan dipertontonkan awal tahun ini melalui pendedahan mannequin e:Ny1 Prototype pada Mac, dan dijangka akan menggunakan asas sama dengan e:N Structure F bagi kenderaan pacuan depan.

Penampilannya nampak dikenali, kerana unit yang dipamerkan di Thailand ini menggunakan bentuk sama HR-V yang ada di sini, walaupun dengan rekaan gril tertutup yang ditempatkan sekali ruang pengecas tertutup, lampu melintang lanjutan dari lampu utama, cermin sisi ultra-kurus serta bahagian apron yang direka semula dengan pengalir udara. Dari perkara baru dari e:Ny1 Prototype adalah tiadanya lencana nama Honda di belakang.

Di China, kedua-dua e:NS1 dan e:NP1 ditawarkan dalam dua konfigurasi penjanaan: satu dengan motor elektrik di depan dengan janaan 182 PS (180 hp atau 134 kW) dan 310 Nm tork yang dikuasai oleh bateri 53.6-kWh ternari lithium-ion, dengan jarak sehingga 420 km mengikut ujian CLTC tempatan.

Pilihan satu lagi ialah dengan motor elektrik lebih berkuasa, 204 PS (201 ho atau 150 kW) dan jumlah tork yang sama (310 Nm). Kapasiti baterinya adalah lebih besar dengan 68.8 kWh, menjadikan jarak yang mampu dicapai ialah 510 km — laju maksimum kedua-duanya ialah 150 km/j.

Untuk pengecasan, Honda memaklumkan sekitar sembilan jam untuk satu cas penuh dari 5% dengan enter AC yang tidak dinyatakan bagi bateri kapasiti lebih kecil itu, dan 9.5 jam bagi bateri yang lebih besar. Kedua-dua bateri boleh mencapai dari 30-80% kapasiti dalam masa 40 minit dengan pengecasan pantas DC, yang juga tidak dinyatakan enter kuasanya. Angka ini (kecuali jarak kerena perlu mengikuti piawaian WLTP) dijangka sama bagi versi produksi e:Ny1 Prototype bila dikeluarkan nanti.

Kehadiran SUV e:Prototype itu memberi petunjuk bahawa Thailand mungkin akan menerima HR-V dalam bentuk elektrik penuh di masa depan. Ini kemungkinan yang berasas, memandangkan negara itu sangat rancak mendorong pertumbuhan ekosistem EV mereka. Jadi, ada kemungkinan HR-V EV ini juga akan jengah pasaran Malaysia? Persoalannya, bila?

[ad_2]
Source link
admin

Recent Posts

Motivational Christmas Sayings for the Period

Hey there, festive folks! It is actually that time of year again when the atmosphere…

9 hours ago

The best way to Design Effective Custom IDENTITY Cards

Before we begin the design process, why don't we discuss why custom identity cards are…

12 hours ago

Tips on how to Manage Entrance Exam Pressure

Hey there! Are you feeling a little bit overwhelmed with the entrance assessments coming up?…

16 hours ago

Top Strategies for Winning at Slot Games

Hey there, fellow slot enthusiast! If you're reading this, chances are you're looking to level…

17 hours ago

Typically the Growing Demand for Digital Marketing savvy

Hey there! If you've been considering diving into digital advertising, you're onto something significant. The…

19 hours ago

The particular Rise of Dodo69 Video game titles Community

Hey there, fellow video game enthusiast! Have you heard about the hottest buzz in the…

3 days ago