Categories: Automobile

Honda CB750 Hornet didedah – segalanya serba baru, enjin dua silinder 755 cc berkuasa 90 hp, berat 190 kg

[ad_1]

Siri teaser Honda CB750 Hornet yang dikeluarkan sejak tahun lepas kini berakhir apabila mannequin tersebut didedahkan secara rasmi di pameran Intermot di Jerman. Sementara lukisan konsepnya yang didedahkan sebelum ini menunjukkan rekaan agresif dan moden, hasil akhir untuk produksi pula nampak lebih biasa dan tidak terlalu menonjol.

Segalanya tentang Hornet ini dikatakan adalah baru, bermula dengan kerangka metal diamond, yang digabungkan bersama panel badan ringkas sebagai sebuah motosikal bare, dan menghasilkan berat keseluruhan 190 kg dan tinggi tempat duduk 795 mm.

Enjinnya juga adalah serba baru, iaitu unit dua silinder selari penyejukan cecair, OHC 755 cc dengan crank 270 darjah, dan mempunyai teknologi silinder tremendous sport untuk mengurangkan geseran. Dipadankan bersama kotak gear enam kelajuan dan klac help & slipper, ia mampu menghasilkan 90 hp pada 9,500 rpm dan 74.4 Nm tork pada 7,000 rpm.

Hasil daripada penggunaan sistem pendikit ride-by-wire, Hornet menyediakan empat mod tunggangan, iaitu Sport, Customary, Rain dan Person. Turut disediakan adalah Honda Selectable Torque Management (HSTC) dan Wheelie Management. Penunggang juga boleh melaras tahap kuasa enjin dan engine braking pada motosikal ini.

Semua fungsi motosikal dapat dilihat melalui skrin TFT warna penuh lima inci yang terdapat di hadapan penunggang. Paparan skrin ini boleh ditukar melalui empat pilihan yang disediakan, dan ia juga boleh disambung kepada telefon bimbit melalui sistem Honda Smartphone Voice Management dan aplikasi Honda RoadSync untuk fungsi seperti navigasi, panggilan, mesej dan muzik.

Menyambungkan kerangka motosikal ini kepada roda adalah suspensi daripada Showa, yang terdiri daripada fork SFF-BP USD 41 mm di hadapan, dan monoshock berserta sambungan lengan ayun Professional-Hyperlink di belakang. Suspensi ini tidak boleh dilaras (kecuali pra beban di belakang), manakala brek pula terdiri daripada set cakera 296 mm berkembar dengan angkup Nissin empat piston di hadapan, dan cakera 240 mm tunggal dengan angkup satu piston di belakang.

Semua lampu pada Hornet baru ini menggunakan unit LED, dan kelengkapan lain yang disediakan adalah termasuk tangki bahan api 15.2 liter, rim 17 inci dengan tayar 120/70 di hadapan dan 160/60 di belakang, ABS dual-channel serta lampu penunjuk arah mati sendiri.

Kesemuanya ada empat warna yang ditawarkan bagi Hornet baru ini, iaitu putih, hitam, kelabu dan kuning, sementara jika keadaan standardnya masih tidak mencukupi, pemilik juga boleh mendapatkan pakej aksesori yang memberikan barangan seperti penutup tempat duduk belakang, beg barangan serta pelapik tangki.

[ad_2]
Source link
admin

Recent Posts

Tips for Winning the Cambodia Lottery

Hey there! So, you're interested in trying your luck with the Cambodia Lottery. Well, you're…

22 minutes ago

The Evolution of QQKuda Slot Machines

Typically, the journey of slot machines started in the vibrant era of the late 19th…

11 hours ago

Top rated Features of Prada188 Gaming System

The world of online gaming is actually vast and exciting, and when you're looking to…

22 hours ago

The way to select the Right Men’s Fragrance

Just before diving into the best summer season or winter perfumes you can be proud…

7 days ago

Glenohumeral joint Posture Bra: User Reviews along with Insights

Hey there! Ever believed that you're constantly battling a losing battle towards poor posture? Or…

1 week ago

Important things about Turnkey Repairs for Home owners

Before we discuss the benefits, let's start with the basic principles. Turnkey repairs are like…

1 week ago