[ad_1]
Honda telah menyiarkan imej teaser rasmi pertama untuk Honda Accord generasi ke-11, yang bakal didedahkan sepenuhnya pada bulan November nanti. Mannequin ini bakal menggantikan mannequin generasi ke-10 yang telahpun diperkenalkan sejak 2017, dan menerima facelift pada 2020.
Honda mendedahkan beberapa bahagian penting pada Accord 2023 ini, termasuk bahagian muka, belakang, skrin infotainmen dan sedikit rupa pada papan pemuka. Dapat dilihat, muka dan bahagian belakang yang didedahkan berkenaan adalah seiras dengan imej paten Accord 2023 yang tersebar sebelum ini.
Tiada lagi rekaan Strong Wing pada mannequin generasi ke-11 ini, dan ia menerima gril hadapan besar berbentuk heksagon, seakan mendapat inspirasi dari gril model-model Acura yang lebih mewah. Gril berkenaan diapit dengan lampu hadapan yang tirus, dan turut menampilkan jalur lampu nyalaan siang LED. Apron hadapan ini dilengkapkan dengan kemasan liang ambilan udara sebelah bawah yang direka lebar merentangi keseluruhan bampar.
Di belakang, tiada lagi lampu berbentuk ‘stapler’ seperti mannequin sedia ada, dan ia digantikan dengan rekaan lampu nipis yang lebih ringkas bersama bar yang merentangi penutup however, memberikan ‘perisa’ sebuah sedan Eropah. Berdasarkan imej paten tempoh hari, Accord generasi ke-11 ini masih diberikan bentuk badan ala-fastback.
Beberapa perincian ringkas didedahkan bersama imej-imej teaser ini. Antaranya Honda menyatakan bahawa Accord ini diberikan skrin sesentuh bersaiz 12.3-inci – paling besar pernah ditawarkan pada sebuah Honda – dan ia dihubungkan kepada sistem infotainmen yang berintegrasi dengan servis-servis terhubung Google.
Perkara ini sebenarnya telah dilaporkan sebelum ini di mana pada September lalu Honda telah mengesahkan bahawa ia akan menggunakan OS Android Automotive yang dibangunkan oleh Google untuk model-model baharunya. Antara servis-servis yang dijangka terkandung dalam sistem berkenaan termasuk Google Assistant, Google Maps dan aplikasi dalam-kenderaan lain seperti apa yang ditawarkan oleh Volvo.
Selain dari skrin, bahagian konsol tengah Accord 2023 ini juga sedikit terdedah. Ia nampaknya diberikan rekaan ringkas dan menampilkan liang penghawa dingin yang nipis dan lebar, mungkin merentangi sepenuhnya papan pemuka seperti Civic. Tiada lagi kawalan penghawa dingin digital menerusi skrin, dan ia sudah diganti semula dengan suis-suis putar analog yang lebih mudah digunakan.
Bagi pasaran Amerika Syarikat, varian Touring untuk Accord 2023 ini boleh dipilih dalam versi Hybrid. Untuk Accord Touring Hybrid sebelum ini, ia menerima unit rangkaian kuasa menggandingkan enjin petrol 2.0 liter kitaran Atkinson, transmisi E-CVT dan juga motor elektrik, menghasilkan kuasa keseluruhan 212 hp/315 Nm. Mannequin generasi baharu ini mungkin menerima padanan yang sama tetapi lebih diperhalusi.
Perincian lebih lanjut bakal kita ketahui apabila Honda mendedahkan sepenuhnya Accord generasi ke-11 ini bulan depan. Buat masa sekarang bagaimana? Anda rasa Accord ini lebih good-looking dari mannequin generasi ke-10 atau sebaliknya?
GALERI: Imej paten Honda Accord 2023
Welcome to the powerful world of sports betting! Whether or not you're just starting or…
Hey there, festive folks! It is actually that time of year again when the atmosphere…
Before we begin the design process, why don't we discuss why custom identity cards are…
Hey there! Are you feeling a little bit overwhelmed with the entrance assessments coming up?…
Hey there, fellow slot enthusiast! If you're reading this, chances are you're looking to level…
Hey there! If you've been considering diving into digital advertising, you're onto something significant. The…