[ad_1]
Gergasi automotif Amerika Syarikat, Normal Motors (GM) mengumumkan bahawa ia kini menghentikan sementara iklan-iklan berbayarnya yang dibuat menerusi Twitter selepas platform media sosial berkenaan kini diambil alih oleh pemilik jenama kereta elektrik Tesla, Elon Musk, lapor CNBC.
GM merupakan antara pengeluar automotif terawal di Amerika Syarikat yang mengumumkan pelaburan berbillion dolar untuk beralih bagi membangunkan kereta elektrik bateri, dan kini merupakan pesaing terus kepada Tesla. Langkah bagi menghentikan sementara pengiklanan tersebut adalah untuk menilai semula arah tuju baharu Twitter selepas ia diambil alih oleh pemilik Tesla berkenaan.
“Kami kini sedang berhubung dengan Twitter bagi memahami arah tujunya selepas platform tersebut berada di bawah pemilik baharu. Seperti urusan perniagaan yang melibatkan perubahan besar dalam platform media lain, kami telah menghentikan sementara pengiklanan berbayar kami. Interaksi perkhidmatan pelanggan kami di Twitter akan diteruskan,” tulis kenyataan yang dikeluarkan oleh GM.
Elon Musk telah memuktamadkan proses pengambilalihan Twitter yang bernilai US$ 44 bilion ini pada Jumaat lalu. Selepas pembelian trsebut berjaya, CEO Twitter Parag Agrawal dan ketua kewangan Ned Segal dilaporkan telah meninggalkan ibu pejabat operasi media sosial berkenaan di San Francisco, manakala ketua dasar undang-undang, amanah dan keselamatan Vijaya Gadde telah dipecat.
Hey there, festive folks! It is actually that time of year again when the atmosphere…
Before we begin the design process, why don't we discuss why custom identity cards are…
Hey there! Are you feeling a little bit overwhelmed with the entrance assessments coming up?…
Hey there, fellow slot enthusiast! If you're reading this, chances are you're looking to level…
Hey there! If you've been considering diving into digital advertising, you're onto something significant. The…
Hey there, fellow video game enthusiast! Have you heard about the hottest buzz in the…