Gentari lancar pengecas pantas DC 350 kW pertama Asia Tenggara di Petaling Jaya – bayar ikut kWh

48

[ad_1]

Gentari, yang merupakan sebuah anak syarikat Petronas telah melancarkan pengecas pantas DC 350 kW pertama Asia Tenggara untuk kenderaan elektrik, di XPark Sunway Serene, Zon Perindustrian Bebas Cukai Sungai Method, Selangor.

Diperkenalkan sebagai salah satu hasil daripada kerjasama antara Gentari dengan EV Connection (EVC), tempat mengecas EV baru ini menempatkan 10 ruang mengecas, dengan pengecas DC 350 kW tersebut disambungkan kepada dua stesen berasingan yang masing-masing menggunakan soket CCS2 yang ditetapkan untuk 175 kW – ruang ketiga adalah tempat untuk menunggu.

Ruang mengecas selebihnya adalah terdiri daripada dua untuk pengecas pantas DC 180 kW, dua untuk pengecas AC 22 kW dan tiga lagi untuk pengecas AC 7 kW. Perlu diketahui juga bahawa tempat mengecas EV di X Park ini adalah yang pertama mendapat lesen Sistem Pengecas Kenderaan Elektrik (EVCS) daripada Suruhanjaya Tenaga, sekaligus menyatakan bahawa struktur dan operasi tempat itu adalah selamat.

Berkenaan harga, pengguna akan dikenakan bayaran mengikut kWh, dan bukannya masa. Jadi, anda akan membayar berapa banyak tenaga yang disalurkan kepada kenderaan. Bermula 1 Disember, harga untuk pengecas DC 180 kW adalah RM1 bagi setiap kWh dan pengecas DC 350 kW RM1.20 setiap kWh, sementara bagi kedua-dua pengecas AC 22 kW dan 7 kW pula adalah RM0.55 setiap kWh.

“Kami harap dengan terdapatnya pilihan meluas infrastruktur mampu milik dan mudah diakses di X Park, Bangi Golf Resort dan kemudahan lain akan datang akan membantu kadar penerimaan EV di kalangan rakyat Malaysia,” kata pengarah urusan EVC, Lee Yuen How.



[ad_2]
Source link