Categories: Automobile

Geely peroleh 7.6% saham Aston Martin Lagonda

[ad_1]

Gergasi automotif China, Zhejiang Geely Holding Group mengumumkan bahawa ia kini telah memperolehi sejumlah 7.6% kepentingan dalam syarikat pembuat kereta sport dari British, Aston Martin.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan minggu lalu, CEO Geely Holding Group Daniel Donghui Li menyatakan bahawa dengan rekod prestasi dan penawaran teknologi Geely yang mantap akan dapat menyumbang kepada kejayaan masa depan Aston Martin.

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan pelaburan kami di Aston Martin, dan berharap untuk meneroka peluang berpotensi untuk melibatkan diri dan bekerjasama dengan jenama itu kerana ia terus melaksanakan strateginya untuk mencapai pertumbuhan jangka panjang, mampan dan peningkatan keuntungan,” kata Li.

Walau bagaimanapun, Geely bukanlah pemegang saham terbesar dalam Aston Martin Lagonda. Tiga bulan sebelum itu, Public Funding Fund (PIF) dari Arab Saudi telah memperolehi saham sebanyak 16.7% dalam syarikat pegeluar kereta yang kini dibebani hutang tinggi tersebut.

Ini membolehkan PIF menjadi pemegang saham kedua terbesar dalam Aston Martin Lagonda selepas Yew Tree Consortium milik Lawrence Stroll yang memegang saham sebanyak 18.3%. Satu lagi pemegang saham penting ialah Mercedes-Benz, yang kini mempunyai 9.7% kepentingan dalam Aston Martin selepas peningkatan modal dibuat pada bulan Julai.

Geely masih belum mengumumkan berapa ramai wakilnya akan berada dalam lembaga pentadbiran Aston Martin selepas pembelian saham berkenaan.

[ad_2]
Source link
admin

Recent Posts

Top rated Features of Prada188 Gaming System

The world of online gaming is actually vast and exciting, and when you're looking to…

3 hours ago

The way to select the Right Men’s Fragrance

Just before diving into the best summer season or winter perfumes you can be proud…

6 days ago

Glenohumeral joint Posture Bra: User Reviews along with Insights

Hey there! Ever believed that you're constantly battling a losing battle towards poor posture? Or…

7 days ago

Important things about Turnkey Repairs for Home owners

Before we discuss the benefits, let's start with the basic principles. Turnkey repairs are like…

1 week ago

Exploring Madrid’s Art Scene: Upcoming Exhibitions

Madrid is a city that pulses with creativity and aesthetic flair. Its streets are usually…

1 week ago

Curacao Gaming License: A Comprehensive Manual

Hey there! So, you're thinking about scuba diving into the world of online game playing,…

1 week ago