Categories: Automobile

Ford Kuga facelift tiba di Amerika Syarikat – ditambah dengan pilihan ST-Line, enjin EcoBoost, hibrid, PHEV

[ad_1]

Ford Kuga, yang juga dikenali sebagai Escape di Amerika Syarikat, telah diberikan facelift selepas tiga tahun ia diperkenalkan kali pertama untuk pasaran (2019). Pada bahagian luar, perubahan diberikan pada bahagian gril, lampu utama LED, DRL, bampar, lampu belakang serta rim.

Kemudiannya, SUV saiz sederhana ini ditawarkan dalam satu pilihan baru iaitu ST-Line. Ia dilengkapi dengan kemasan hitam pada bahagian luar, spoiler belakang, serta bahagian bawah bampar dan kemasan tepi lengkuk roda warna sama seperti badan. Varian lain yang disediakan adalah Base, Lively, Platinum dan Plug-in Hybrid.

Di dalam, Kuga facelift ini menerima sistem infotainmen SYNC 4, dengan sokongan untuk Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar. Ia juga disambungkan kepada skrin sesentuh yang lebih besar, iaitu 13.2 inci, sementara di hadapan pemandu terdapat skrin 12.3 inci untuk panel instrumen.

Bergantung kepada varian yang dipilih, Kuga facelift ini boleh datang dengan ciri seperti Evasive Steering Help, Adaptive Cruise Management dengan Cease & Go, Predictive Velocity Help, kamera 360 darjah, pengesan undur, Cross Visitors Braking, pad pengecas tanpa wayar dan Co-Pilot 360 bersama Intersection Help 2.0 dan Blind Spot Help.

Untuk enjin, pilihan bermula dengan unit petrol tiga silinder 1.5 liter turbo, yang boleh didapati dengan pacuan roda hadapan atau semua roda, dan mampu menghasilkan kuasa 181 hp/258 Nm. Kemudiannya, turut ditawarkan adalah enjin empat silinder 2.0 liter EcoBoost berkuasa 250 hp/380 Nm, tetapi hanya boleh didapati dengan pacuan AWD. Bagi kedua-dua enjin EcoBoost ini, transmisinya menggunakan unit automatik lapan kelajuan.

Dua pilihan enjin lain menggunakan bantuan elektrik, dan terdiri daripada enjin empat silinder Atkinson-cycle 2.5 liter Duratec berkuasa 165 hp dan 210 Nm, dipadankan bersama transmisi eCVT. Bagi versi hibrid biasa, ia ditawarkan dalam pacuan FWD atau AWD, dan mampu menghasilkan kuasa sehingga 210 hp.

Pilihan terakhir adalah plug-in hybrid, yang menyediakan pemanduan elektrik penuh sehingga 60 km, pacuan FWD dan berkuasa 221 hp. Apabila menggunakan pengecas AC Stage 1 110 volt, baterinya memerlukan masa 10 hingga 11 jam untuk penuh, sementara apabila menggunakan pengecas Stage 2 240 volt pula, ia cuma mengambil masa 3.5 jam.

[ad_2]
Source link
admin

Recent Posts

The particular Rise of Dodo69 Video game titles Community

Hey there, fellow video game enthusiast! Have you heard about the hottest buzz in the…

2 days ago

Basement Waterproofing with Epoxy Flooring: A Must-Have for Murrieta Homeowners

Basement waterproofing is a critical account for homeowners in Murrieta, CA, and for good reason.…

3 days ago

Studying the World of Terong123 Games

Here you are in the thrilling universe of Terong123 Games! Imagine walking into a realm…

4 days ago

Unique Home Decor Shops in Fort Worth

Hello to both Fort Worth locals and those just passing through! If your living space…

5 days ago

The Fascinating World of Long-Necked Cats

First, let's clarify what we mean by "long-necked cats." We're talking about decorative figurines or…

5 days ago

Tips for Winning the Cambodia Lottery

Hey there! So, you're interested in trying your luck with the Cambodia Lottery. Well, you're…

5 days ago