EICMA 2022: Italjet Dragster 500GP – petunjuk mannequin yang akan dikeluarkan di Itali pada tahun 2024

1

[ad_1]

Italjet tiba ke EICMA 2022 dengan membawa sebuah mannequin konsep yang dikatakan boleh membawa revolusi kepada dunia dua roda, iaitu Dragster 500GP. Ia membawa konsep rekaan sama seperti Dragster 125 dan 200 yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia bulan lalu, tapi dengan penggerak yang lebih berkuasa dan komponen berprestasi tinggi.

Walaupun nampak seperti sebuah skuter, mannequin ini sebenarnya menggunakan enjin satu silinder empat strok DOHC 450 cc bersama padanan kotak gear enam kelajuan serta sistem pacuan rantai untuk menghantar kuasa sehingga 43 hp pada 8,000 rpm dan tork 43 Nm pada 6,000 rpm kepada roda belakang.

Meskipun masih menggunakan kerangka trellis dari depan sampai ke belakang (dengan beberapa sambungan) seperti Dragster 125 dan 200, motosikal ini tidak lagi menggunakan suspensi hadapan lengan sebelah, dan sebaliknya dipasang dengan fork USD 47 mm boleh laras yang lebih konvensional.

Penyerap boleh laras belakang pula terletak di bahagian tepi lengan ayun, membuatkan ia kelihatan seperti unit tunggal, tetapi sebenarnya disediakan pada kedua-dua belah. Brek menggunakan unit daripada Brembo dengan tetapan cakera berkembar 270 mm di hadapan dan 230 mm tunggal di belakang – bersama ABS dual-channel.

Padan dengan bentuk kompaknya, Dragster 500GP dipasang dengan rim 15 inci, bersama tayar Pirelli bersaiz 120/70 di hadapan dan 160/60 di belakang. Berat keseluruhan motosikal ini adalah 180 kg, dan disediakan dengan tangki bahan api 12 liter.

Menurut Italjet, Dragster 500GP yang ditunjukkan ini masih lagi adalah mannequin konsep, tetapi ia memberi petunjuk kepada produksi yang akan dikeluarkan dari kilang mereka di Itali dan diperkenalkan kepada pasaran pada tahun 2024.



[ad_2]
Source link