EICMA 2022: Ducati Scrambler 2023 – generasi kedua dapat skrin TFT, mod tunggangan, 4 kg lebih ringan
[ad_1]
Mannequin generasi kedua bagi Scrambler telah pun diperkenalkan oleh Ducati, dengan melibatkan bukan sahaja perubahan gaya, tetapi juga peningkatan di bahagian mekanikal dan kelengkapan. Sebagai permulaan, mannequin baru ini diperkenalkan dalam tiga versi iaitu Icon, Full Throttle dan Nightshift.
Masih lagi mengekalkan bentuk ikoniknya, Scrambler baru ini bagaimanapun menggunakan rekaan baru, yang termasuk pada bahagian lampu hadapan (kini unit LED penuh dengan DRL LED), lampu belakang (LED), tangki (13.5 liter), panel tepi serta rim (masih lagi bersaiz 18 inci di hadapan dan 17 inci di belakang).
Selain tiga warna asas yang disediakan untuk versi Icon (kuning, hitam dan merah), pemilik juga boleh menukar penampilan motosikal ini dengan mendapatkan panel yang disediakan dalam enam pilihan warna. Full Throttle cuma datang dalam warna merah/hitam sementara Nightshift pula hanya disediakan dalam warna biru gelap.
Secara keseluruhannya, Scrambler generasi baru ini 4 kg lebih ringan berbanding sebelum ini, dan ia adalah hasil daripada casis serba baru serta enjin yang lebih ringan. Lengan ayun juga adalah baru, sementara kedudukan penyerap hentak belakang diubah lebih dekat kepada titik tengah motosikal.
Enjin Desmodue dua silinder L 803 cc penyejukan udara yang sama masih digunakan pada Scrambler generasi kedua, tetapi ia telah dipertingkat untuk menjadikan berat keseluruhannya berkurang 2.5 kg. Transmisi enam kelajuan pada motosikal ini dinaik taraf dengan klac lapan cakera baru, dan kuasa yang mampu dihasilkan adalah 73 hp pada 8,250 rpm dan 65.2 Nm tork pada 7,000 rpm.
Buat pertama kalinya, sistem ride-by-wire diperkenalkan kepada Scrambler, dan hasil daripada itu, ia dapat menyediakan dua mod tunggangan (Street dan Moist), kawalan cengkaman, Cornering ABS serta quickshifter (pilihan tambahan bagi Icon dan Nightshift, commonplace bagi Full Throttle).
Turut dinaik taraf adalah panel instrumen, dengan sekarang Scrambler mendapat skrin TFT 4.3 inci berwarna penuh. Dalam keadaan commonplace ia boleh memaparkan pelbagai informasi, tetapi sistem sambungan kepada telefon pintar disediakan sebagai pilihan tambahan.
Selain perkara yang dinyatakan di atas, setiap versi Scrambler generasi kedua ini juga menerima peningkatan khas masing-masing. Bagi Icon, ia mendapat bentuk pemegang baru yang lebih rendah dan dekat kepada penunggang, bentuk tempat duduk baru dan panel tepi warna hitam.
Full Throttle yang disediakan sebagai pilihan paling berprestasi datang secara commonplace dengan quickshifter, balutan tempat duduk sports activities, panel nombor di tepi, pelindung bawah enjin, pelindung ekzos warna hitam, fender hadapan pendek, tiada fender bawah lampu, ekzos Termignoni serta lampu penunjuk arah LED Ducati Efficiency.
Nightshift yang lebih elegan juga datang dengan panel nombor tepi, fender hadapan pendek, tiada fender bawah lampu serta lampu penunjuk arah LED Ducati Efficiency, tetapi dijadikan lebih istimewa dengan rim spoked, tempat duduk balutan kulit, pemegang jenis khas serta cermin sisi di hujung bahagian pemegang (bar-end mirror).
Kelengkapan lain Scrambler generasi kedua ini masih sama seperti sebelumnya, termasuk fork hadapan USD 41 mm Kayaba, monoshock Kayaba dengan pelarasan pra beban, brek cakera tunggal 330 mm bersama angkup empat piston di hadapan dan cakera 245 mm dengan angkup satu piston di belakang,
GALERI: Ducati Scrambler Icon 2023
GALERI: Ducati Scrambler Full Throttle 2023
GALERI: Ducati Scrambler Nightshift 2023
[ad_2]
Source link