Ducati Diavel V4 didedah – 168 hp, penampilan baru

2

[ad_1]

Ducati Diavel menjadi mannequin seterusnya yang mendapat enjin V4 dari Ducati dan diperkenalkan kepada dunia. Bukan setakat enjin, keseluruhan bentuk motosikal “muscle cruiser” ini juga telah dirombak semula, memberikan identiti sama, tetapi lebih moden.

Enjin yang digunakan pada Diavel V4 adalah sama seperti Multistrada V4, iaitu unit V4 Granturismo 1,158 cc, tetapi kuasanya lebih sedikit, menjadi 168 hp pada 10,750 rpm dan 128 Nm tork pada 7,750 rpm. Transmisi menggunakan unit enam kelajuan dengan quickshifter, menghantar kuasa kepada roda belakang melalui sistem rantai.

Keseluruhan sistem lampu pada Diavel V4 ini telah diubah, bermula dengan lampu hadapan, yang mana DRL “C berkembar” padanya kini dijadikan kurang berpetak, sementara lampu penunjuk arah dilekatkan pada pemegang dan menggunakan jenis dinamik. Lampu belakang juga menggunakan konsep pencahayaan “C berkembar”, tetapi lebih unik dengan LED berbintik yang disepadukan terus pada lengkung roda.

Diavel V4 baru ini juga 13 kg lebih ringan berbanding Diavel sebelum ini, dengan mencatat berat 223 kg. Sebahagian daripada pengurangan berat ini datang daripada enjin, iaitu sebanyak lima kg, sementara lapan kg lagi datang daripada bahagian casis.

Pakej elektronik lengkap dipasang pada Diavel V4, termasuk tiga mod kuasa, empat mod tunggangan, Cruise Management, Launch Management, Ducati Traction Management, ABS Cornering serta Ducati Wheelie Management. Motosikal ini ditawarkan dalam dua warna iaitu Ducati Purple dan Thrilling Black, sementara pecutan 0-100 km/j pula boleh dilakukan dalam masa bawah tiga saat.



[ad_2]
Source link