Diskaun saman 50% bagi kes trafik terpilih di Lalaport KL hingga 1 Dis, di IPK Sabah hingga 4 Dis – PDRM

86

[ad_1]

Jika anda mempunyai saman trafik yang masih belum dibayar, ini adalah peluang terbaik untuk anda melangsaikan saman tertunggak tersebut dengan kadar diskaun yang menarik yang sedang ditawarkan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), tetapi hanya untuk kesalahan trafik terpilih sahaja.

Polis Kontijen Kuala Lumpur telah mengumumkan tawaran diskaun saman trafik sempena dengan acara ‘Kebudayaan Negeri Serumpun Melayu Sumatera Barat Padang dengan Malaysia’ yang sedang berlangsung di Malaysia Grand Bazaar, BBCC, Lalaport KL. Kaunter trafik telah pun dibuka mulai hari ini sehingga esok, 1 Disember 2022, dari jam 9 pagi hingga 5 petang untuk orang ramai membayar saman trafik dengan diskaun sehingga 50%.

Untuk yang berada di Negeri Bawah Bayu pula, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontijen Sabah juga sedang menawarkan diskaun saman trafik sebanyak 50% untuk kesalahan terpilih. Ia adalah sempena dengan program World Tourism Convention 2022 dan penawaran diskaun saman ini telah pun bermula sejak 28 November lalu sehingga 4 Disember ini di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah (IPK) dan seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Negeri Sabah. Menurut Polis Sabah, bayaran saman boleh dilakukan mengikut tempat disediakan bermula jam 9 pagi hingga 4 petang pada tempoh yang dinyatakan tersebut.

Walau bagaimana pun, diskaun saman berkenaan tidak boleh digunapakai bagi kesalahan Saman Kemalangan Tahun Semasa, Saman Berstatus Bicara Mahkamah, Kesalahan Op Selamat Tahun Semasa (enam kesalahan utama termasuk memotong barisan, menggunakan lorong kecemasan, memandu melebihi had laju, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi lampu isyarat dan menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu), Saman Berstatus Waran Tangkap Semasa, Saman Berstatus Non Compaund (NC), Saman Berkaitan Ekzos dan Saman Berkaitan Lori.



[ad_2]
Source link