Dijangkakan 1.9 juta kenderaan bakal guna Lebuhraya PLUS pada 6-9 Oktober sempena cuti Maulidur Rasul

3

[ad_1]

Pastinya ramai rakyat Malaysia bakal mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman atau bercuti di mana-mana destinasi tempatan sempena cuti sambutan Maulidur Rasul ini. Bagi yang ingin memandu, sila rancang perjalanan anda bagi elak terkandas di kesesakan trafik di lebuhraya. Malahan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan kira-kira 1.9 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya kendaliannya setiap hari bermula 6 hingga 9 Oktober ini.

Menurut PLUS, jumlah ini merupakan lonjakan daripada 1.7 juta kenderaan sehari pada hari-hari biasa, justeru pengendali lebuhraya tersebyt turut menggesa pelanggan merancang perjalanan mereka bagi menghadapi kemungkinan berlakunya kesesakan dan memanjangkan tempoh perjalanan mereka.

Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata, “Sejak beralih ke fasa endemik, PLUS telah merekodkan jumlah trafik harian sepertimana tempoh pra-pandemik iaitu 1.7 juta kenderaan setiap hari pada hari-hari biasa. Pada ketika ini, jumlah tersebut melonjak kepada 1.9 juta kenderaan pada hujung minggu dan kami menjangkakan ia berterusan ketika cuti hujung minggu ini dan cuti sambutan Maulidur Rasul di mana pelanggan lebuh raya akan mengambil kesempatan cuti selama tiga hari.

“Oleh itu, kami menasihatkan supaya pelanggan yang ingin menggunakan lebuh raya pada hujung minggu ini supaya membuat persediaan dan memastikan kenderaan mereka berada di dalam keadaan yang baik bagi menghadapi kemungkinan berlakunya kesesakan akibat lonjakan trafik tersebut.”

Beliau menambah, sebelum memasuki lebuh raya, para pengguna Lebuhraya PLUS dinasihatkan untuk menambah nilai kad Contact ‘n Go dan e-Pockets (bagi mereka yang menggunakan RFID) dan memastikannya sentiasa mempunyai baki yang mencukupi dan tambah nilai sebelum memulakan perjalanan untuk mengelakkan kesulitan ketika keluar di plaza tol.

Selain itu, dengan memuat turun aplikasi PLUS, pengguna lebuh raya ini boleh merancang perjalanan dan mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya. Sebagai alternatif, anda juga boleh mengikuti laporan trafik menerusi Twitter @PLUSTrafik, talian PLUSLine 1800-88-0000, Chatbot PUTRI serta papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih.

Malahan, orang ramai juga disaran menggunakan aplikasi Waze atau Google Map. Dan perlu diingat bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah memberi penerangan tentang SOP pasca Covid-19 yang masih kekal dikuatkuasakan dan orang ramai juga dinasihatkan supaya memakai pelitup muka apabila berada di kawasan yang sesak.



[ad_2]
Source link