DBKL lancar surau bergerak – tampung 10 jemaah dalam satu masa, bekalan air wuduk 900 liter

3

[ad_1]

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam telahpun melancarkan sebuah surau bergerak yang membolehkan pengunjung program-program luar yang dianjurkan oleh pihak berkuasa tempatan tersebut bersolat dengan selesa. Menurut DBKL, surau bergerak berkenaan dihasilkan sendiri oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal DBKL menggunakan salah sebuah pejabat bergerak miliknya.

“Pada satu-satu masa, surau bergerak ini boleh memuatkan 10 jemaah lelaki dan wanita sementara 20 jemaah lelaki lagi bagi ruang solat di bahagian luar lori. Kemudahan ini bakal memberi manfaat kepada pengunjung melibatkan program advert hoc seperti maraton dan sambutan Hari Kebangsaan,” kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah ketika majlis pelancarannya semalam, lapor Harian Metro.

Menurutnya lagi surau bergerak ini juga boleh diparkir di kawasan tumpuan orang ramai seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang ditutup kepada kenderaan pada setiap Ahad.

Seperti pejabat-pejabat bergerak DBKL yang lain, surau bergerak ini diasaskan dari lori seberat 10 tan, dan ia dilengkapi dengan penghawa dingin serta tempat wuduk dengan kapasiti tangki air 900 liter yang mampu menampung keperluan 600 jemaah.

Dalam majlis yang sama, DBKL turut melancarkan kenderaan baharu untuk kegunaan Skuad Penyelamat DBKL iaitu Speedy Response Car (RRV) yang dilengkapi peralatan kecemasan seperti mesin pemotong besi, gergaji dan pakaian anti lebah.

RRV ini akan digunakan untuk memberi bantuan kecemasan bencana alam apabila terdapat pokok tumbang atau objek yang menghalang laluan awam selain menangani masalah gangguan binatang liar dan berbisa seperti ular, lebah dan tebuan.

“DBKL sudah ada persefahaman antara agensi penyelamat lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sekiranya melibatkan ancaman haiwan berbisa dan tidak melibatkan nyawa, Skuad Penyelamat DBKL akan memberi bantuan segera,” kata Mahadi lagi.



[ad_2]
Source link