[ad_1]
Borgward merupakan jenama automotif Jerman yang pernah menjadi jenama nombor tiga terbesar negara berkenaan sebelum muflis pada tahun 1961. Ia kemudian muncul semula pada 2015 di Geneva Motor Present selepas hak menggunakan jenama berkenaan dibeli oleh pembuat kereta dari China iaitu Foton.
Namun dalam laporan terbaharu dari Automotive Information Europe, Borgward kini telah diisytihat muflis sekali lagi di Mahkakamah Beijing, China. Menurut Foton, keputusan itu dikeluarkan oleh Mahkamah Rakyat Pertengahan Pertama Beijing, dan Borgward sedang mendapatkan kelulusan mahkamah untuk membubarkan asetnya.
Menerusi Foton, Borgward telah melancarkan mannequin SUV BX7 pada Frankfurt Motor Present pada 2015, membolehkan ia kembali ke pasaran automotif selepas lima dekad. Walaupun dengan jenama dari Jerman, semua mannequin baharu Borgward dihasilkan dan di produksi di China oleh Foton Motor.
Selepas BX7, Borgward turut memperkenalkan beberapa mannequin lain termasuk BX5, BX6 dan BX3. Malah Borgward BX5 pernah dilancarkan di pasaran Malaysia pada Julai 2019.
Walau bagaimanapun, jenama berkenaan tidak menjana jualan yang cukup menyebabkan ia mengalami kerugian lebih AS564 juta (RM2.47 bilion) dari 2016 hingga 2018, manakala pada 2021 sahaja Borgward mengalami kerugian 4.7 bilion yuan (RM2.94 bilion), menurut pemfailan Foton di Shanghai Bursa Saham, di mana Foton disenaraikan, lapor Automotive Information Europe.
Borgward juga hanya menjual 5,000 kenderaan pada separuh pertama 2020. Sebelum itu, ia telah merancang untuk membuka sebuah kilang di Bremen, Jerman di atas tapak seluas 140,000 meter persegi, tetapi pembinaannya tidak menjadi kenyataan dan tempahannya pada tanah tersebut luput pada Jun 2019.
Welcome to the powerful world of sports betting! Whether or not you're just starting or…
Hey there, festive folks! It is actually that time of year again when the atmosphere…
Before we begin the design process, why don't we discuss why custom identity cards are…
Hey there! Are you feeling a little bit overwhelmed with the entrance assessments coming up?…
Hey there, fellow slot enthusiast! If you're reading this, chances are you're looking to level…
Hey there! If you've been considering diving into digital advertising, you're onto something significant. The…