[ad_1]
Bagi mannequin tahun 2023, BMW R1250R Roadster diberikan sedikit peningkatan, berserta pilihan tambahan untuk dipasang pada motosikal. Dynamic Traction Management (DTC) serta mod tunggangan ECO kini diberikan commonplace, bersama lampu penunjuk arah LED serta DRL rekaan baru.
R1250R juga sekarang datang dengan soket USB-A berkuasa 5 volt, sebagai tambahan kepada soket 12 volt yang disediakan sebelum ini, sementara fungsi pemanas pada tempat duduk disediakan sebagai pilihan tambahan. Dalam senarai kelengkapan motosikal ini juga terdapat BMW Motorrad ABS Professional, dan pemilik juga boleh menukar rim kepada jenis spoked.
Turut disediakan sebagai pilihan tambahan adalah Using Modes Professional, yang memberikan tambahan mod tunggangan, serta pelarasan untuk kawalan engine drag torque. Selain daripada itu, pemilik juga boleh mendapatkan lampu utama LED adaptif, serta tempat duduk jenis tunggal berserta penutup tempat duduk belakang.
Bahagian lain motosikal ini masih sama, bermula dengan enjin, iaitu unit boxer 1,254 cc dengan sistem pemasaan injap boleh ubah Shiftcam, mampu menghasilkan kuasa sehingga 136 hp pada 7,250 rpm dan 143 Nm tork pada 6,250 rpm. Kuasa ini dihantar kepada roda belakang melalui kotak gear enam kelajuan, serta sistem syaf.
Warna asas yang ditawarkan untuk R1250R adalah kelabu, bersama kerangka hitam, sementara varian Triple Black pula datang dengan warna hitam metalik, kerangka kelabu, angkup brek warna emas, gril radiator serta spoiler enjin chrome steel, kemasan pada tangki serta tempat duduk solo. Versi Model Sport pula menggunakan warna biru metalik, kerangka putih, angkup brek emas, pemegang hitam, spoiler biru dan tempat duduk solo.
Hey there, festive folks! It is actually that time of year again when the atmosphere…
Before we begin the design process, why don't we discuss why custom identity cards are…
Hey there! Are you feeling a little bit overwhelmed with the entrance assessments coming up?…
Hey there, fellow slot enthusiast! If you're reading this, chances are you're looking to level…
Hey there! If you've been considering diving into digital advertising, you're onto something significant. The…
Hey there, fellow video game enthusiast! Have you heard about the hottest buzz in the…