Categories: Automobile

BMW 530i M Sport 2022 dengan pakej M Efficiency Elements di Malaysia – terhad 30 unit sahaja, RM421k

[ad_1]

BMW 5 Collection facelift G30 yang diperkenalkan pada Mei tahun lalu, kini hadir dengan pakej M Efficiency Elements menerusi Auto Bavaria, bagi kedua-dua varian 530e M Sport dan 530i M Sport. Walau bagaimana pun, ia ditawarkan dengan jumlah terhad iaitu sebanyak 30 unit sahaja.

Foto yang anda lihat di sini ialah 530i M Sport, pakej ini (lebih kurang sama untuk kedua-dua varian) ditambah dengan gril ‘kidney’ hitam berkilat M Efficiency, pelindung cermin gentian karbon M Efficiency, pedal penukar gear M Efficiency, elemen pelindung stereng gentian karbon M Efficiency dan alas lantai M Efficiency.

Malahan edisi khas ini turut diberikan kemasan corong udara hitam berkilat, projektor lampu pintu LED, Superior Automobile Eye 2.0 dashcam, dan beberapa ciri sempena ulang tahun M yang ke-50 iaitu penutup roda dan lencana hadapan/belakang M50 Years. Selain itu, pembeli juga bakal menerima telefon pintar Samsung Galaxy S22 Extremely, cawan seramik Sttoke dan lapisan pelindungan cermin percuma.

Untuk harganya, 530i M Sport dengan pakej M Efficiency Elements ditawarkan pada RM420,800, sementara itu, 530e M Sport plug-in hybrid dengan pakej M Efficiency Elements pula berharga RM362,800. Sebagai perbandingan, mannequin normal 530i M Sport berharga RM402,800, dan 530e M Sport ditawarkan pada RM358,217.

Tiada perubahan untuk bahagian mekanikal bagi kedua-dua varian. Untuk 530i, ia masih menggunakan unit B48 2.0 liter pengecas turbo empat-silinder dengan hamburan output 252 PS dari 5,200 hingga 6,500 rpm dan tork 350 Nm antara 1,450 dan 4,800 rpm, yang menyalurkan kuasa ke roda belakang menerusi kotak gear automatik lapan-kelajuan.

Bagi 530e pula, unit B48 mampu menghasilkan 184 PS dari 5,000 hingga 6,500 rpm dan tork 300 Nm antara 1,350 dan 4,000 rpm, dengan motor elektrik 50 kW (68 PS) bantu menambah keseluruhan kuasa menjadi 252 PS dan 420 Nm, sama seperti mannequin pre-facelift.

Package tambahan bagi M Efficiency Elements menambahkan lagi penampilan pakej M Sport yang telah pun dipasang pada kedua-dua varian ini. Pakej M Sport ini termasuklah corong udara hadapan yang lebih besar dengan kontur berbentuk-U hingga ke bahagian lampu utama, ditambah pula dengan bampar belakang yang direka semula dengan kemasan bampar kelabu dan corong paip trapezoidal, serta roda aloi Type 845 M jejari-Y 19 inci.

Di dalamnya, pek M Sport merangkumi roda stereng tiga-jejari yang lebih tebal, plat sill scuff M dan pedal aloi M, serta tempat duduk sport larasan kuasa dengan fungsi memori untuk bahagian pemandu, upholstery kulit Dakota, kemasan Smoke Gray Aluminium Rhombicle dan headlining hitam.

GALERI: BMW 530i M Sport LCI G30 dengan pakej M Efficiency Elements

[ad_2]
Source link
admin

Recent Posts

Top rated Strategies for bwinbet365 Sports Wagering Success

Welcome to the powerful world of sports betting! Whether or not you're just starting or…

24 hours ago

Motivational Christmas Sayings for the Period

Hey there, festive folks! It is actually that time of year again when the atmosphere…

4 days ago

The best way to Design Effective Custom IDENTITY Cards

Before we begin the design process, why don't we discuss why custom identity cards are…

4 days ago

Tips on how to Manage Entrance Exam Pressure

Hey there! Are you feeling a little bit overwhelmed with the entrance assessments coming up?…

4 days ago

Top Strategies for Winning at Slot Games

Hey there, fellow slot enthusiast! If you're reading this, chances are you're looking to level…

4 days ago

Typically the Growing Demand for Digital Marketing savvy

Hey there! If you've been considering diving into digital advertising, you're onto something significant. The…

4 days ago