[ad_1]
Sempena dengan sambutan Hari Sukan Negara 2022 di Putrajaya yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 8 Oktober ini, beberapa jalan di sana akan terlibat dengan penutupan sementara selama tiga hari mulai jam 3 pagi pada 7 Oktober sehingga 12 tengahmalam Ahad (9 Okt) ini.
Menurut pengumuman yang dilakukan oleh KBS menerusi laman Fb rasminya, jalan yang terlibat ialah Boulevard Presint 3 hingga Boulevard Presint 4 iaitu dari simpang empat Menara LPPSA hingga ke Lebuhraya Wadi Presint 4 di hadapan Galleria.
Manakala Lebuh Setia (antara Menara KBS dan Galleria), Jalan P4Y (belakang Menara KBS) dan Lebuh Wadi (jalan antara Bangunan KETSA dan Bouleverd Presint 4) pula akan ditutup dari jam 7 pagi pada 7 Oktober hingga 12 tengahmalam pada 9 Oktober 2022.
Justeru, semua pengguna jalan raya di kawasan terlibat diminta untuk patuhi isyarat papan tanda trafik dan arahan pihak yang bertugas serta lebih berhati-hati dalam pemanduan.
Acara kemuncak bagi Hari Sukan Negara 2022 akan diadakan di hadapan Dataran Istana Kehakiman Putrajaya pada 8 Oktober dan antara aktiviti yang bakal dianjurkan ialah Neon Trip, Enjoyable Trip, Enjoyable Run dan Enjoyable Stroll. Selain itu, turut dianjurkan ialah pertandingan bola keranjang 3×3, Airapay Belia Berselawat, Skim & Surf Competition dan banyak lagi.
Typically, the journey of slot machines started in the vibrant era of the late 19th…
The world of online gaming is actually vast and exciting, and when you're looking to…
Just before diving into the best summer season or winter perfumes you can be proud…
Hey there! Ever believed that you're constantly battling a losing battle towards poor posture? Or…
Before we discuss the benefits, let's start with the basic principles. Turnkey repairs are like…
Madrid is a city that pulses with creativity and aesthetic flair. Its streets are usually…