Banjir kilat dilaporkan di sekitar di Ayer Keroh, Melaka

2

[ad_1]

Hujan berterusan sejak tengahari tadi telah menyebabkan beberapa kawasan di Ayer Keroh dinaiki air, termasuk di sekitar Hospital Pantai, menurut beberapa laporan media sosial.

Sekiranya anda merancang untuk susur keluar ke Ayer Keroh, pastikan dahulu laluan yang hendak dilalui itu tidak terkesan. Sekiranya ada laluan yang airnya sudah naik, ada eloknya anda menunda dulu perjalanan dan alihkan kenderaan ke kawasan yang lebih selamat, jika boleh. Ingat, jangan cuba meredah kawasan banjir kerana itu boleh mendatangkan kerosakan kepada kereta.

Tidak lupa, dalam keadaan dan musim hujan seperti ini, pastikan kenderaan anda dilindungi oleh insurans untuk bencana alam (particular perils). Ia tidak melibatkan perbezaan yang banyak daripada perlindungan yang biasa anda ambil. Ia akan sangat membantu menjimatkan kewangan anda sekiranya kereta anda terkesan akibat banjir.

Dalam keadaan cuaca seperti sekarang, jika anda tidak ada perkara penting untuk dilakukan, adalah lebih elok untuk bekerja dari rumah. Pastikan juga kereta anda diletakkan di tempat yang tinggi dan selamat.



[ad_2]
Source link