Banjir kilat di beberapa kawasan di Shah Alam – seksyen 17, 24, 25 dan Padang Jawa terkesan

5

[ad_1]

Baru semalam kami mengeluarkan laporan MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan bagi seluruh kawasan di Semenanjung Malaysia dan beberapa kawasan di Sabah & Sarawak sehingga 11 November, dan hri ini telah terjadi banjir kilar di beberapa kawasan di Lembah Kelang.

Antara yang terjejas adalah Shah Alam, termasuk Seksyen 17, 24, 25 dan Padang Jawa, seperti yang boleh anda lihat melalui muatan dalam media sosial – turut kami sertakan di bawah.

Sekiranya anda bercadang mahu memandu ke mana-mana, periksa terlebih dahulu sama ada kawasan yang bakal anda lalui itu selamat ataupun tidak. Jika terkesan dengan banjir, tangguhkan dahulu perjalanan anda (jika boleh) atau cari laluan lain untuk mengelakkan sebarang masalah.

Sebagai persediaan di musim tengkujuh ini juga, anda boleh mendapatkan perlindungan insurans untuk bencana alam. Ini amat penting bagi mengelakkan tanggungan besar yang perlu anda pikul sekiranya kenderaan terkesan atau rosak akibat banjir.

Perlindungan particular perils ini tidaklah terlalu mahal. Sebagai contoh, beberapa penyedia insurans utama Malaysia, termasuk AIA, AIG, Allianz, AXA, Etiqa, Kurnia, MPI Generali, MSIG, RHB, Takaful dan Tokio Marine memperlihatkan kadar yang dikenakan adalah antara 0.15% hingga 0.5% daripada jumlah keseluruhan perlindungan kenderaan anda.



[ad_2]
Source link