[ad_1]
Audi Malaysia kini mula mengambil tempahan bagi mannequin Audi RS3 Sedan 2023 dengan harga yang dijangka berada dalam julat RM650k hingga RM750k. RS3 Sedan akan menyertai barisan mannequin RS yang lain, yang ketika ini turut terdiri daripada RS4 Avant, RS5 Sportback, RS6 Avant, RS7 Sportback dan yang terbaru, RS Q8.
RS3 Sedan generasi kedua ini dikuasakan oleh enjin 2.5 liter TFSI turbocas lima-silinder petrol yang menghasilkan 400 PS dari 5,600 rpm hingga 7,000 rpm dan 500 Nm tork dari 2,250 rpm hingga 5,600 rpm. Kuasa disalurkan ke semua roda melalui kotak gear S tronic klac berkembar tujuh-kelajuan dan sistem pacuan quattro.
Ini membolehkan RS3 Sedan memecut 0-100 km/j dalam masa 3.8 saat, dengan laju maksimum 250 km/j. Dengan prestasi seperti ini, RS3 Sedan menjadi kereta dengan pusingan paling pantas di litar Nurburgring Nordschleife, dengan masa tujuh minit dan 40.748 saat.
Sebagai perbandingan, Mercedes-AMG A45S 4MATIC+ menghasilkan 421 PS pada 6,750 rpm dan 500 Nm dari 5,000 rpm, dari enjin 2.0 liter turbocas empat-silinder. Ini dipadankan pula dengan transmisi DCT AMG Speedshift 8G lapan-kelajuan untuk memacu semua roda melalui sistem AMG Efficiency 4MATIC+.
AMG A45S memecut 0-100 km/j dalam masa 3.9 saat, dan boleh mencecah 270 km/j laju maksimum dengan Pakej Pemandu. Prestasi mungkin hampir sama, tetapi mannequin AMG ini dijual pada harga bermula hanya RM481,888.
Sistem janaan RS3 Sedan menampilkan ciri RS Torque Splitter yang datang dengan tork vectoring antara roda belakang. Ini membolehkan ia di drift kerana semua kuasa boleh disalurkan hanya ke roda belakang jika mahu.
Turut hadir adalah mod pemanduan RS Efficiency yang menyelaras sistem janaan kuasa untuk prestasi optimum ketika dalam litar lumba, sementara RS Torque Rear pula menjadi seperti “drift mode”. Lain-lain ciri RS yang ada termasuklah suspensi sport RS dengan kawalan penyerap hentak adaptif, cakera brek seramik, rim 19-inci dengan rekaan 10-jejari, bampar depan dan belakang khusus RS serta sistem ekzos RS.
Di dalam kabin, kelengkapan khusus RS yang ada termasuklah penunjuk tukaran gear dari hijau-kuning-merah, kerusi balutan kulit Nappa dengan jahitan honeycomb gaya RS, dan stereng yang rata bahagian bawahnya dengan butang RS.
Pemandu juga boleh meninjau suhu coolant, minyak enjin dan transmisi melalui paparan infotainmen 10.1-inci. Maklumat pemanduan lain yang tertera adalah output kuasa dan tork, g-force, pecutan dan masa pusingan yang dipaparkan di kokpit maya 12.3-inci. Buat pertama kali RS3 Sedan hadir dengan head-up show.
Gambar yang anda lihat ini adalah kereta yang didaftarkan di Singapura, jadi spesifikasi untuk pasaran tempatan mungkin akan berbeza sedikit. Suka warna baru Kyalami Inexperienced ini?
Hey there, festive folks! It is actually that time of year again when the atmosphere…
Before we begin the design process, why don't we discuss why custom identity cards are…
Hey there! Are you feeling a little bit overwhelmed with the entrance assessments coming up?…
Hey there, fellow slot enthusiast! If you're reading this, chances are you're looking to level…
Hey there! If you've been considering diving into digital advertising, you're onto something significant. The…
Hey there, fellow video game enthusiast! Have you heard about the hottest buzz in the…