[ad_1]
Jika sedang mencari kereta baru untuk dimiliki, acara Auto Automobile Expo (ACE) adalah lokasi yang tepat untuk tujuan itu. Bakal berlangsung pada 5-6 November di Pusar Persidangan Setia Metropolis (SCCC), ACE 2022 bakal membawakan pelbagai jenis kenderaan dan jenama dengan tawaran istimewa khusus — baik bagi kenderaan baru mahupun kenderaan terpakai.
Antara jenama yang akan ikut serta ialah Mercedes-Benz, melalui Cycle & Carriage. Selain mempamerkan barisan kenderaan terbaru yang pelbagai, jenama itu juga akan menawarkan trade-in bagi pemilik Mercedes-Benz sedia ada dengan usia kenderaan di bawah tujuh tahun.
Penilai berpengelaman akan berada di sana untuk menilai Mercedes-Benz anda. Pemeriksaan 215-titik ke atas kenderaan anda akan dilakukan oleh mereka, dengan nilai akhir akan dimaklumkan. Sekiranya anda bersetuju dengan nilai berkenaan dan ingin trade-in kenderaan, Cycle & Carriage akan membantu untuk menguruskan baki pinjaman (jika ada) sebelum menyerahkan bakinya kepada anda dalam tempoh tiga hari bekerja.
Selain Mercedes-Benz, jenama lain yang akan turut serta dalam ACE 2022 ialah Hyundai, Nissan, Honda, Proton, Perodua dan Subaru. Wakil daripada jenama premium juga ada, dengan Volvo (melalui Ingress Swede Car) dan BMW/MINI (melalui Wheelcorp Premium) akan ikut serta. Sama seperti PACE, anda berpeluang untuk memandu uji dan membeli kenderaan yang dihajatkan sepanjang ACE 2022 berlangsung — unit baru atau terpakai, semuanya ada, dengan tawaran menarik daripada semua jenama yang terlibat.
Ada banyak lagi tawaran menarik lainnya. 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan baru akan menerima gabungan baucar bernilai RM2,500 yang terdiri daripada baucar RM500 bagi filem penapis haba V-Kool, RM500 bagi baucar Dodomat, baucar RM500 untuk penapis udara Blueair, baucar RM500 Recaro untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dan baucar RM500 DK Schweizer bagi balutan kulit kustom untuk ruang dalaman kenderaan.
myTukar juga menawarkan baucar RM1,000 bagi 25 pelanggan pertama yang membuat tempahan kereta terpakai atau trade-in kenderaan mereka menerusi platform berkenaan. Mereka yang trade-in kenderaan akan menerima baucar RM500 masing-masing untuk V-Kool dan Blueair. Sementara 25 lagi pelanggan terawal yang membuat tempahan kereta terpakai akan menerima baucar RM500 untuk Dodomat dan RM500 untuk kerusi kanak-kanak Recaro. Jika anda trade-in kenderaan dan menempah kereta terpakai lain sekaligus, jumlah baucar akan meningkat kepada RM1,500.
Hadiah tidak berakhir di situ. Tempahan kereta baru yang telah disahkan pula akan membolehkan anda untuk layak dalam cabutan bertuah dengan tawaran pelbagai hadiah, termasuk 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan hadiah utama terdiri daripada pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!
Walaupun dengan peraturan pandemik Covid-19 yang semakin longgar kini, kami masih akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan semua orang. Pengunjung adalah digalakkan untuk menggunakan pelitup muka sepanjang masa ketika berada di dalam ruang pameran, dan cecair sanitasi tangan juga akan diletakkan di beberapa tempat di sepanjang acara berlangsung.
Banyak lagi perincian promosi yang akan kami kongsikan daripada jenama-jenama yang ikut serta nanti, jadi teruskan bersama kami. Sementara itu, tandakan kalendar anda untuk 5-6 November 2023 untuk ACE 2022 di SCCC. Jumpa di sana!
In today's tech-driven world, electronic companies play a crucial role in shaping modern life, from…
Hey there, fellow dreamers! Ever fantasized about hitting the jackpot and living the life of…
The Some Remarkable Plus woodworking dust masque combines advanced technology with design elements for a…
Reclaim catchers speed up cleaning time for dab rigs by collecting residue that could build…
Barn exhaust fans provide airflow that reduces heating stress, makes livestock far healthier and happier,…
Your dog's health depends upon consuming a balanced diet, providing you with essential vitamins, minerals,…