Categories: Automobile

ACE 2022: Proton X70, X50, Exora dan Saga — dengan rebat sebanyak RM2k, baucar Aeon, petrol dan hadiah

[ad_1]

Proton mempamerkan empat mannequin semasa dan terlaris keluarannya di ACE 2022, yang terdiri daripada Proton X70, X50, MPV Exora dan Saga. MPV Proton Exora misalnya, ditawarkan dengan rebat tunai sebanyak RM2,000. Tempah kereta Proton di ACE 2022 dan anda juga akan menerima pelbagai hadiah lain seperti pek RFID Contact n Go serta cenderahati Proton. ACE 2022 berlangsung hari ini dan esok, 5-6 November 2022 di Pusat Persidangan Setia Metropolis (SCCC) dari 9 pagi hingga 7 malam.

Lihat juga SUV Proton X50 dan X70. SUV besar itu telah diberikan penambahbaikan pada Jun tahun ini, dan kini menggunakan enjin 1.5 liter turbo sebagai tambahan penawaran terbarunya. Dua lagi mannequin lain yang akan dipamer ialah Saga dan MPV Exora, dengan kedua-duanya menerima kemaskini tahun ini. Saga pula diberikan penambahbaikan estetika yang baru termasuk bodykit dan papan pemuka yang direka semula, antaranya.

Ditaja bersama oleh Petron, Yinson GreenTech dan myTukar, ACE 2022 menyediakan banyak tawaran istimewa untuk pembeli. Sebagai contoh, 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan baru akan menerima gabungan baucar bernilai RM2,500 yang terdiri daripada baucar RM500 bagi filem penapis haba V-Kool, RM500 bagi baucar Dodomat, baucar RM500 untuk penapis udara Blueair, baucar RM500 Recaro untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dan baucar RM500 DK Schweizer bagi balutan kulit kustom untuk ruang dalaman kenderaan. Bukan itu saja, 100 pelanggan pertama yang menempah kereta baru di ACE 2022 akan menerima baucar petrol Petron bernilai RM50.

myTukar juga menawarkan baucar RM1,000 bagi 25 pelanggan pertama yang membuat tempahan kereta terpakai atau trade-in kenderaan mereka menerusi platform berkenaan. Mereka yang trade-in kenderaan akan menerima baucar RM500 masing-masing untuk V-Kool dan Blueair. Sementara 25 lagi pelanggan terawal yang membuat tempahan kereta terpakai akan menerima baucar RM500 untuk Dodomat dan RM500 untuk kerusi kanak-kanak Recaro. Jika anda trade-in kenderaan dan menempah kereta terpakai lain sekaligus, jumlah baucar akan meningkat kepada RM1,500.

Hadiah tidak berakhir di situ. Tempahan kereta baru yang telah disahkan pula akan membolehkan anda untuk layak dalam cabutan bertuah dengan tawaran pelbagai hadiah, termasuk 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan hadiah utama terdiri daripada pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

Walaupun dengan peraturan pandemik Covid-19 yang semakin longgar kini, kami masih akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan semua orang. Pengunjung adalah digalakkan untuk menggunakan pelitup muka sepanjang masa ketika berada di dalam ruang pameran, dan cecair sanitasi tangan juga akan diletakkan di beberapa tempat di sepanjang acara berlangsung.

[ad_2]
Source link
admin

Recent Posts

Motivational Christmas Sayings for the Period

Hey there, festive folks! It is actually that time of year again when the atmosphere…

1 day ago

The best way to Design Effective Custom IDENTITY Cards

Before we begin the design process, why don't we discuss why custom identity cards are…

1 day ago

Tips on how to Manage Entrance Exam Pressure

Hey there! Are you feeling a little bit overwhelmed with the entrance assessments coming up?…

2 days ago

Top Strategies for Winning at Slot Games

Hey there, fellow slot enthusiast! If you're reading this, chances are you're looking to level…

2 days ago

Typically the Growing Demand for Digital Marketing savvy

Hey there! If you've been considering diving into digital advertising, you're onto something significant. The…

2 days ago

The particular Rise of Dodo69 Video game titles Community

Hey there, fellow video game enthusiast! Have you heard about the hottest buzz in the…

4 days ago