[ad_1]
Bukan senang nak melihat pelbagai jenama kereta dihimpunkan di bawah satu bumbung, namun itulah yang sedang berlangsung dalam acara paultan.org Auto Automotive Expo (ACE) 2022 di Setia Metropolis Conference Centre sehingga esok, 6 November. Bukan setakat dapat melihat secara lebih dekat barisan mannequin baharu yang dipamerkan, namun anda juga berpeluang memandu ujinya serta jika berminat, boleh terus menempah mana-mana mannequin kenderaan yang dihajati.
Pendahulu pasaran, Perodua membawakan mannequin Aruz dan Ativa dalam acara ini. Walau pun tidak
mempamerkan Alza serba baharu, namun penampilan Aruz dan Ativa tetap menarik perhatian para pengunjung ACE 2022.
MPV Aruz tujuh-tempat duduk baharu ini diberikan jarak kelegaan tanah 220 mm. Kedudukan lebih tinggi ini memberikan kelebihan yang berlainan, misalnya sudut penglihatan yang lebih baik serta mudah melalui laluan tak rata yang lebih mencabar.
Ia juga didatangkan dengan banyak kelengkapan menarik dan berguna, seperti ciri Superior Security Help (ASA) 2.0 serta enam beg udara dan penarafan lima-bintang ASEAN NCAP. Tambahan ciri terbaru yang ada termasuk kunci pintu automatik dan pemijak sisi untuk memudahkan penumpang masuk ke kabin. Tidak lupa, ada juga warna baru Ardour Pink.
Mannequin tunggal Perodua yang dilengkapi dengan enjin pengecas turbo, Ativa pula diberikan unit 1KR-VET 1.0 liter turbo, DOHC VVT tiga-silinder yang mampu menghasilkan 98 PS pada 6,000 rpm dan 140 Nm tork dari 2,400 rpm hingga 4,000 rpm. Ia dipadankan dengan D-CVT dengan mod tujuh-kelajuan. Ia juga dikatakan mampu memberikan penjimatan bahan api yang efisien iaitu sekitar 18.9 km/l (ECE mode).
Tentang dimensinya, Ativa mempunyai panjang 4,065 mm dan 1,710 mm lebar. Dengan sedikit melebihi empat meter panjang, SUV kompak ini ditakrifkan daripada SUV segmen A kepada segmen B kecil oleh Perodua.
ACE 2022 ditaja bersama Petron, Yinson GreenTech dan myTukar, serta acara ini turut menyediakan banyak tawaran istimewa untuk pembeli. Sebagai contoh, 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan baru akan menerima gabungan baucar bernilai RM2,500 yang terdiri daripada baucar RM500 bagi filem penapis haba V-Kool.
Selain itu, ada RM500 bagi baucar Dodomat, baucar RM500 untuk penapis udara Blueair, baucar RM500 Recaro untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dan baucar RM500 DK Schweizer bagi balutan kulit kustom untuk ruang dalaman kenderaan. Bukan itu saja, 100 pelanggan pertama yang menempah kereta baharu di ACE 2022 akan menerima baucar petrol Petron bernilai RM50.
myTukar juga menawarkan baucar RM1,000 bagi 25 pelanggan pertama yang membuat tempahan kereta terpakai atau trade-in kenderaan mereka menerusi platform berkenaan. Mereka yang trade-in kenderaan akan menerima baucar RM500 masing-masing untuk V-Kool dan Blueair. Sementara 25 lagi pelanggan terawal yang membuat tempahan kereta terpakai akan menerima baucar RM500 untuk Dodomat dan RM500 untuk kerusi kanak-kanak Recaro. Jika anda trade-in kenderaan dan menempah kereta terpakai lain sekaligus, jumlah baucar akan meningkat mencecah RM1,500.
Bukan itu sahaja, tempahan kereta baharu yang telah disahkan pula akan memberikan peluang kepada anda untuk menyertai cabutan bertuah dengan tawaran pelbagai hadiah, termasuk 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan hadiah utama terdiri daripada pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!
Walaupun peraturan pandemik Covid-19 yang kini semakin longgar, kami masih mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan semua orang. Pengunjung adalah digalakkan untuk menggunakan pelitup muka sepanjang masa ketika berada di dalam ruang pameran, dan cecair sanitasi tangan juga akan diletakkan di beberapa tempat di sepanjang acara berlangsung.
Sekiranya anda tidak berada berdekatan dengan Setia Alam, atau hujung minggu ini anda sibuk dengan aktiviti lain, jangan risau kerana anda juga boleh membeli di ACE 2022 melalui platform dalam talian acemalaysia.my yang disediakan.
Hey there, casino enthusiasts! Regardless of whether you're a seasoned player or even a newbie…
Hey there, casino enthusiasts! For anyone who is on the hunt for exciting strategies to…
Welcome to the powerful world of sports betting! Whether or not you're just starting or…
Hey there, festive folks! It is actually that time of year again when the atmosphere…
Before we begin the design process, why don't we discuss why custom identity cards are…
Hey there! Are you feeling a little bit overwhelmed with the entrance assessments coming up?…