Categories: Automobile

ACE 2022: Lihat ciri dan kelengkapan canggih Volvo XC60 Recharge T8 Final — tawaran, hadiah menanti

[ad_1]

Esok dan lusa akan berlangsungnya acara Auto Automobile Expo (ACE) anjuran paultan.org, dari 9 pagi hingga 7 malam bertempat di Pusat Persidangan Setia Metropolis (SCCC). Tahun ini, acara berkenaan turut menerima tajaan bersama oleh Petron, Yinson GreenTech dan myTukar. Ini adalah tempatnya untuk anda menikmati pelbgai tawaran istimewa dari pembelian kenderaan yang dilakukan — bukan hanya kereta baru, kereta terpakai pun ada.

Volvo akan diwakili oleh Ingress Swede Car, yang akan turut mempamerkan mannequin XC60 Recharge T8 Final yang menggabungkan sentuhan rekaan khas Scandinavia dengan barisan teknologi maju yang mengkagumkan, serta sistem janaan plug-in hybrid.

Dengan janaan output 462 PS dan 709 Nm tork, SUV pacuan semua roda ini boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 4.8 saat. Ada kelebihan lain memandangkan SUV ini memanfaatkan sistem janaan Recharge T8: ia mampu memberikan kadar penggunaan minyak 1.6 liter bagi setiap 100 km.

Ia turut memberikan pilihan untuk menggunakan janaan enjin biasa sepenuhnya, dan XC60 PHEV ini mampu memberikan jarak perjalanan elektrik sepenuhnya sejauh 81 km hasil daripada kapasiti bateri 18.8 kWh yang melengkapinya. Dengan pengecasan yang kerap, anda mungkin tidak perlu singgah di stesen minyak.

XC60 ini juga lengkapi dengan sistem infotainmen Automotive OS Android yang menyertakan servis Google seperti Google Maps, Google Assistant dan Google Play Retailer, yang mana semuanya boleh diakses melalui skrin sentuh sembilan-inci. Kelengkapan lain termasuklah sistem bunyi Bowers & Wilkins 1,400 watt dengan 15 pembesar suara, tombol gear kristal Orrefors, sunroof panoramik, kawalan pendingin dwi-zon, head-up show dan kerusi depan larasan elektrik dengan fungsi memori.

Sistem keselamatan untuk kereta Volvo tidak perlu diragukan lagi. XC60 ini datang dengan ciri normal Metropolis Security yang terdiri daripada AEB dengan sokongan di persimpangan, stereng dan brek, serta pengesanan pejalan kaki, pengayuh basikal dan binatang besar. Ini disertai juga oleh Lane Retaining Help, peninjau titik buta dengan bantuan stereng, amaran lintasan trafik dengan Auto Brake dan Pilot Help.

Dengan set kelengkapan seperti ini, XC60 Recharge T8 Final berbaloi untuk anda tinjau dari dekat sendiri. Jika ingin membeli, ia dijual pada harga RM355,888 atas jalan tidak termasuk insurans, dan ini boleh dilakukan dengan banyak tawaran menarik ketika di ACE 2022.

Selain itu, 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan baru akan menerima gabungan baucar bernilai RM2,500 yang terdiri daripada baucar RM500 bagi filem penapis haba V-Kool, RM500 bagi baucar Dodomat, baucar RM500 untuk penapis udara Blueair, baucar RM500 Recaro untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dan baucar RM500 DK Schweizer bagi balutan kulit kustom untuk ruang dalaman kenderaan. Bukan itu saja, 100 pelanggan pertama yang menempah kereta baru di ACE 2022 akan menerima baucar petrol Petron bernilai RM50.

myTukar juga menawarkan baucar RM1,000 bagi 25 pelanggan pertama yang membuat tempahan kereta terpakai atau trade-in kenderaan mereka menerusi platform berkenaan. Mereka yang trade-in kenderaan akan menerima baucar RM500 masing-masing untuk V-Kool dan Blueair. Sementara 25 lagi pelanggan terawal yang membuat tempahan kereta terpakai akan menerima baucar RM500 untuk Dodomat dan RM500 untuk kerusi kanak-kanak Recaro. Jika anda trade-in kenderaan dan menempah kereta terpakai lain sekaligus, jumlah baucar akan meningkat kepada RM1,500.

Hadiah tidak berakhir di situ. Tempahan kereta baru yang telah disahkan pula akan membolehkan anda untuk layak dalam cabutan bertuah dengan tawaran pelbagai hadiah, termasuk 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan hadiah utama terdiri daripada pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

Walaupun dengan peraturan pandemik Covid-19 yang semakin longgar kini, kami masih akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan semua orang. Pengunjung adalah digalakkan untuk menggunakan pelitup muka sepanjang masa ketika berada di dalam ruang pameran, dan cecair sanitasi tangan juga akan diletakkan di beberapa tempat di sepanjang acara berlangsung.

Antara jenama lain yang bakal membuat penampilan di acara ini ialah Toyota, Nissan, Hyundai, Proton, Perodua dan Subaru serta jenama skuter Royal Alloy. Beberapa jenama kenderaan premium juga akan turut serta, antaranya Mercedes-Benz (melalui Cycle & Carriage) dan BMW/MINI (melalui Wheelcorp Premium).Jadi, jumpa di ACE 2022 esok dan lusa di Pusat Persidangan Setia Metropolis (SCCC)!

[ad_2]
Source link
admin

Recent Posts

Basketball: A Game of Skill along with Speed

What is Basketball? Baseball is a fast-paced team game played by two teams of five…

2 days ago

Comprehending CDT Weed: Benefits and also Risks

Hey there! You've probably heard the buzz about CDT weed lately and are curious about…

2 days ago

Applications of Vacuum Pumps in Industry

In the vast world of industry, machine pumps play a crucial function in a variety…

2 days ago

Taxi Near Me: Your Guide to Quick, Reliable Local Transportation

When you need a convenient, safe, and reliable way to get around, searching for a…

4 days ago

Going through the Benefits of Kava and Kratom

Before we discuss the benefits, let's familiarize ourselves with kava kava root powder and kratom.…

4 days ago

From Manual to Automated: How Robotic Process Automation Services Can Take Your Business to the Next Level

In today's fast-paced business landscape, the pressure to stay ahead of the curve is relentless.…

6 days ago