ACE 2022: Hyundai Staria 10-tempat duduk bermula RM180k dan banyak lagi tawaran di SCCC 5-6 Nov ini!

9

[ad_1]

Perlukan kenderaan besar untuk angkut lebih ramai penumpang? Hyundai ada penawaran yang menarik, dan ia akan dipamerkan di acara Auto Automotive Expo (ACE) anjuran paultan.org yang bakal berlangsung pada 5-6 November 2022 di Pusat Persidangan Setia Metropolis (SCCC).

Dalam versi terbaru yang diperkenalkan, Hyundai Staria merupakan sebuah MPV dengan 10-tempat duduk, hadir pula dalam tiga varian berbeza — Lite, Plus dan Max. Dengan kemampuan dan kapasiti seperti, ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, misalnya sebagai kereta keluarga yang besar, servis bawa pelancong atau kereta sewa.

Ciri utama Staria antaranya adalah pintu gelungsur dan pintu kargo belakang pintar, lapan slot USB, dengan tujuh daripadanya boleh digunakan untuk mengecas peranti, serta kerusi yang boleh dilipat rata dengan pelbagai konfigurasi tata letak.

Sambungan telefon pintar juga lebih mudah dengan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, sementara ciri keselamatan aktif Hyundai Smartsense menyertakan juga ciri Blind-Spot Collision Avoidance Help dengan Rear Cross-Site visitors Collision-Avoidance Help, Lane Conserving Help, Lane Following Help dan Good Cruise Management dengan Cease/Go.

MPV besar ini digerakkan oleh enjin 2.2 liter turbodiesel yang menghasilkan 177 PS dan 431 Nm tork yang disalurkan ke roda depan melalui kotak gear automatik lapan kelajuan. Staria memanfaatkan tetapan suspensi multi-link di belakang, yang memberikan lebih keselesaan berbanding mannequin lama yang digantikannya, Starex.

Harga Staria 10-tempat duduk bermula dari RM179,888. Dan jika ia ada ciri yang anda inginkan, elok segera kerana stok tidak banyak kerana ia agak laris dijual ketika ini. Begitu juga, akan ada tawaran istimewa lain diberikan ketika acara ini nanti, tidak hanya dari jenama-jenama terlibat, tetapi dari penganjur sendiri.

Ditaja bersama oleh Petron, Yinson GreenTech and myTukar, Hyundai menjadi antara jenama yang bakal ikut serta dalam acara ini, bersama-sama Toyota, Nissan, Honda, Proton, Perodua dan Subaru. Selain itu, wakil daripada jenama premium juga ada, dengan Mercedes-Benz (melalui Cycle & Carriage) dan BMW/MINI (melalui Wheelcorp Premium) akan ikut serta.

Sama seperti PACE, anda berpeluang untuk memandu uji dan membeli kenderaan yang dihajatkan sepanjang ACE 2022 berlangsung — unit baru atau terpakai, semuanya ada, dengan tawaran menarik daripada semua jenama yang terlibat.

Selain daripada promosi daripada jenama terlibat, yang akan kami umumkan dari semasa ke semasa, anda juga boleh menikmati tawaran khas oleh paultan.org. 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan baru akan menerima gabungan baucar bernilai RM2,500 yang terdiri daripada baucar RM500 bagi filem penapis haba V-Kool, RM500 bagi baucar Dodomat, baucar RM500 untuk penapis udara Blueair, baucar RM500 Recaro untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dan baucar RM500 DK Schweizer bagi balutan kulit kustom untuk ruang dalaman kenderaan.

myTukar juga menawarkan baucar RM1,000 bagi 25 pelanggan pertama yang membuat tempahan kereta terpakai atau trade-in kenderaan mereka menerusi platform berkenaan. Mereka yang trade-in kenderaan akan menerima baucar RM500 masing-masing untuk V-Kool dan Blueair. Sementara 25 lagi pelanggan terawal yang membuat tempahan kereta terpakai akan menerima baucar RM500 untuk Dodomat dan RM500 untuk kerusi kanak-kanak Recaro. Jika anda trade-in kenderaan dan menempah kereta terpakai lain sekaligus, jumlah baucar akan meningkat kepada RM1,500.

Hadiah tidak berakhir di situ. Tempahan kereta baru yang telah disahkan pula akan membolehkan anda untuk layak dalam cabutan bertuah dengan tawaran pelbagai hadiah, termasuk 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan hadiah utama terdiri daripada pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

Walaupun dengan peraturan pandemik Covid-19 yang semakin longgar kini, kami masih akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan semua orang. Pengunjung adalah digalakkan untuk menggunakan pelitup muka sepanjang masa ketika berada di dalam ruang pameran, dan cecair sanitasi tangan juga akan diletakkan di beberapa tempat di sepanjang acara berlangsung.

Banyak lagi perincian promosi yang akan kami kongsikan daripada jenama-jenama yang ikut serta nanti, jadi teruskan bersama kami. Sementara itu, tandakan kalendar anda untuk 5-6 November 2023 untuk ACE 2022 di SCCC. Jumpa di sana!



[ad_2]
Source link