Categories: Automobile

ACE 2022: Honda HR-V, Civic RS, Metropolis Hatchback RS dan CR-V dipamer – tawaran dan hadiah menanti

[ad_1]

Sedang berlangsung hari ini, sehingga esok di Setia Metropolis Conference Centre (SCCC), paultan.org Auto Automobile Expo (ACE) 2022 adalah acara yang perlu anda hadir jika berminat mahu membeli, ataupun sekadar mendekati kenderaan baru atau terpakai. Tapak acara dibuka dari jam 9am hingga 7pm.

Honda adalah antara jenama yang menyertai ACE 2022, dengan hampir kesemua mannequin semasanya dibawa untuk pameran. Paling menerima perhatian adalah HR-V, kerana ia baru sahaja dilancarkan di negara kita. SUV segmen B ini ditawarkan dalam pilinan tiga pakej enjin iaitu NA, Turbo dan Hybrid.

Kali ini, semua mannequin yang dibawa ke ACE 2022 adalah berwarna putih, dan HRV-RS disertai oleh varian tertinggi, RS, bagi Metropolis dan Metropolis Hatchback, CR-V serta Civic Fe RS. Anda bukan setakat boleh melihat semua mannequin ini, tetapi juga memandu ujinya sendiri di kawasan khas yang disediakan.

default

Ditaja bersama oleh Petron, Yinson GreenTech dan myTukar, ACE 2022 menyediakan banyak tawaran istimewa untuk pembeli. Sebagai contoh, 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan baru akan menerima gabungan baucar bernilai RM2,500 yang terdiri daripada baucar RM500 bagi filem penapis haba V-Kool, RM500 bagi baucar Dodomat, baucar RM500 untuk penapis udara Blueair, baucar RM500 Recaro untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dan baucar RM500 DK Schweizer bagi balutan kulit kustom untuk ruang dalaman kenderaan. Bukan itu saja, 100 pelanggan pertama yang menempah kereta baru di ACE 2022 akan menerima baucar petrol Petron bernilai RM50.

myTukar juga menawarkan baucar RM1,000 bagi 25 pelanggan pertama yang membuat tempahan kereta terpakai atau trade-in kenderaan mereka menerusi platform berkenaan. Mereka yang trade-in kenderaan akan menerima baucar RM500 masing-masing untuk V-Kool dan Blueair. Sementara 25 lagi pelanggan terawal yang membuat tempahan kereta terpakai akan menerima baucar RM500 untuk Dodomat dan RM500 untuk kerusi kanak-kanak Recaro. Jika anda trade-in kenderaan dan menempah kereta terpakai lain sekaligus, jumlah baucar akan meningkat kepada RM1,500.

Hadiah tidak berakhir di situ. Tempahan kereta baru yang telah disahkan pula akan membolehkan anda untuk layak dalam cabutan bertuah dengan tawaran pelbagai hadiah, termasuk 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan hadiah utama terdiri daripada pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

Walaupun dengan peraturan pandemik Covid-19 yang semakin longgar kini, kami masih akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan semua orang. Pengunjung adalah digalakkan untuk menggunakan pelitup muka sepanjang masa ketika berada di dalam ruang pameran, dan cecair sanitasi tangan juga akan diletakkan di beberapa tempat di sepanjang acara berlangsung.

Sekiranya anda tidak berada berdekatan dengan Setia Alam, atau hujung minggu ini anda sibuk dengan aktiviti lain, jangan risau kerana anda juga boleh membeli di ACE 2022 melalui platform dalam talian acemalaysia.my yang disediakan.

[ad_2]
Source link
admin

Recent Posts

The particular Rise of Dodo69 Video game titles Community

Hey there, fellow video game enthusiast! Have you heard about the hottest buzz in the…

2 days ago

Basement Waterproofing with Epoxy Flooring: A Must-Have for Murrieta Homeowners

Basement waterproofing is a critical account for homeowners in Murrieta, CA, and for good reason.…

3 days ago

Studying the World of Terong123 Games

Here you are in the thrilling universe of Terong123 Games! Imagine walking into a realm…

4 days ago

Unique Home Decor Shops in Fort Worth

Hello to both Fort Worth locals and those just passing through! If your living space…

5 days ago

The Fascinating World of Long-Necked Cats

First, let's clarify what we mean by "long-necked cats." We're talking about decorative figurines or…

5 days ago

Tips for Winning the Cambodia Lottery

Hey there! So, you're interested in trying your luck with the Cambodia Lottery. Well, you're…

5 days ago