Categories: Automobile

ACE 2022: Honda Metropolis Hatchback — selamat, praktikal serta cekap dalam satu pakej luas dan bergaya

[ad_1]

Kereta dalam segmen B ketika ini menawarkan praktikaliti dan penjimatan, dan lebih menarik, ada pemain baru dalam pasaran tempatan tahun ini. Honda Metropolis Hatchback tampil dengan pakej yang menarik, terutama bahagian dalaman yang versatil dengan adanya Extremely Seat dalam empat mod berbeza.

Dalam Utility Mode, lipat rata kerusi belakang untuk dapat kapasiti ruang maksimum. Dalam Lengthy Mode, rebahkan kerusi penumpang depan dan rendahkan kerusi belakang untuk membawa barangan panjang. Dalam Refresh Mode, lipat kerusi depan ke belakang untuk dapatkan suana ruang rehat. Dalam Tall Mode pula, lipat naik kerusi belakang untuk bawa barangan tinggi.

Ciri keselamatan juga lengkap untuk Metropolis Hatchback, dengan Honda Sensing, yang termasuk di dalamnya ciri seperti Lane Departure Warning, Highway Departure Mitigation, Lane Maintain Help System, Ahead Collision Warning, Collision Mitigation Braking System, Auto Excessive Beam dan Adaptive Cruise Management. Honda LaneWatch pula membantu memberi amaran titik buta.

Ciri menarik lain yang ada termasuklah Distant Engine Begin dan paparan audio 8.0-inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Honda Metropolis Hatchback dikuasakan sama ada oleh enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC atau janaan hibrid bagi varian RS e:HEV yang paling tinggi. Jika ingin mencuba mannequin ini, anda boleh berkunjung ke ACE 2022 hujung minggu ini, 5-6 November dari 9 pagi hingga 7 malam di Pusat Persidangan Setia Metropolis (SCCC).

ACE 2022 menerima tajaan bersama daripada Petron, Yinson GreenTech and myTukar, dan akan membawakan pelbagai tawaran istimewa oleh semua jenama yang terlibat, melibatkan juga pelbagai barisan kenderaan. Antara jenama yang bakal membuat penampilan di acara ini ialah Toyota, Nissan, Hyundai, Proton, Perodua dan Subaru serta jenama skuter Royal Alloy. Beberapa jenama kenderaan premium juga akan turut serta, antaranya Mercedes-Benz (melalui Cycle & Carriage), BMW/MINI (melalui Wheelcorp Premium) dan Volvo (melalui Ingress Swede Vehicle).

Pelanggan di ACE 2022 akan menikmati banyak tawaran istimewa, sebagi tambahan kepada tawaran yang diberikan oleh semua jenama terlibat. Dalam jumlah terhad, akan ada juga baucar minyak Petron bernilai RM50 setiap satu bagi 100 pembeli terawal yang membuat tempahan kereta baru.

Selain itu, 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan baru akan menerima gabungan baucar bernilai RM2,500 yang terdiri daripada baucar RM500 bagi filem penapis haba V-Kool, RM500 bagi baucar Dodomat, baucar RM500 untuk penapis udara Blueair, baucar RM500 Recaro untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dan baucar RM500 DK Schweizer bagi balutan kulit kustom untuk ruang dalaman kenderaan.

myTukar juga menawarkan baucar RM1,000 bagi 25 pelanggan pertama yang membuat tempahan kereta terpakai atau trade-in kenderaan mereka menerusi platform berkenaan. Mereka yang trade-in kenderaan akan menerima baucar RM500 masing-masing untuk V-Kool dan Blueair. Sementara 25 lagi pelanggan terawal yang membuat tempahan kereta terpakai akan menerima baucar RM500 untuk Dodomat dan RM500 untuk kerusi kanak-kanak Recaro. Jika anda trade-in kenderaan dan menempah kereta terpakai lain sekaligus, jumlah baucar akan meningkat kepada RM1,500.

Hadiah tidak berakhir di situ. Tempahan kereta baru yang telah disahkan pula akan membolehkan anda untuk layak dalam cabutan bertuah dengan tawaran pelbagai hadiah, termasuk 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan hadiah utama terdiri daripada pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

Walaupun dengan peraturan pandemik Covid-19 yang semakin longgar kini, kami masih akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan semua orang. Pengunjung adalah digalakkan untuk menggunakan pelitup muka sepanjang masa ketika berada di dalam ruang pameran, dan cecair sanitasi tangan juga akan diletakkan di beberapa tempat di sepanjang acara berlangsung.

Banyak lagi perincian promosi yang akan kami kongsikan daripada jenama-jenama yang ikut serta nanti, jadi teruskan bersama kami. Sementara itu, tandakan kalendar anda untuk 5-6 November 2022 untuk ACE 2022 di SCCC. Jumpa hujung minggu ini!

[ad_2]
Source link
admin

Recent Posts

Top rated Strategies for bwinbet365 Sports Wagering Success

Welcome to the powerful world of sports betting! Whether or not you're just starting or…

1 day ago

Motivational Christmas Sayings for the Period

Hey there, festive folks! It is actually that time of year again when the atmosphere…

4 days ago

The best way to Design Effective Custom IDENTITY Cards

Before we begin the design process, why don't we discuss why custom identity cards are…

4 days ago

Tips on how to Manage Entrance Exam Pressure

Hey there! Are you feeling a little bit overwhelmed with the entrance assessments coming up?…

4 days ago

Top Strategies for Winning at Slot Games

Hey there, fellow slot enthusiast! If you're reading this, chances are you're looking to level…

4 days ago

Typically the Growing Demand for Digital Marketing savvy

Hey there! If you've been considering diving into digital advertising, you're onto something significant. The…

4 days ago