[ad_1]
Auto Automobile Expo (ACE) anjuran paultan.org dan ditaja bersama oleh Petron, Yinson GreenTech dan myTukar merupakan sebuah acara pameran dan jualan pelbagai jenis dan jenama kenderaan di bawah satu bumbung, yang bakal berlangsung pada 5-6 November ini di Pusat Persidangan Setia Metropolis (SCCC).
Satu daripada jenama yang akan ikut serta adalah Toyota, dan jika anda ingin mencari sebuah MPV, mannequin terbaru Veloz akan dipamerkan untuk didekati oleh pengunjung. Veloz merupakan sebuah kenderaan keluarga dengan konfigurasi tempat duduk yang fleksibel yang boleh memuatkan tujuh orang penumpang. Landasah di bumbungnya juga bukan sekadar hiasan, ia mampu menambung beban 75 kg.
Dari aspek keselamatan, Veloz datang commonplace dengan enam beg udara serta equipment Toyota Security Sense, yang terdiri daripada Pre-Collision Warning dengan AEB, Lane Departure Prevention dengan bantuan stereng, Blind Spot Monitor dan Rear Cross Site visitors Alert. Ciri bantuan pemandu seperti Adaptive Cruise Management, sensor parkir depan dan belakang, lampu tinggi adaptif, Entrance Departure Alert serta fungsi Auto Maintain bagi brek parkir elektronik.
Veloz juga hadir dengan kelengkapan lain, seperti head unit dengan skrin sentuh sembilan inci yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar — ciri yang sangat praktikal tetapi jarang ditawarkan oleh kenderaan dalam kelas yang sama. Selain itu, pengecas Qi tanpa wayar juga disediakan.
Semua ini ditampilkan dalam rekaan yang menonjol, misalnya dengan ciri lampu utama LED dengan DRL LED, serta rim 17-inci. Jika mahu, pelanggan juga boleh memilih Veloz dalam skim dua tona warna dengan bumbung hitam, selain pilihan warna biasa yang ada.
Pengunjung yang mendaftar minat mereka di ruang pamer Toyota ketika ACE nanti akan menerima cenderahati edisi terhad percuma. Bagi yang ingin membeli kenderaan Toyota, rebat tunai, aksesori percuma bernilai RM4,000 dan pembiayaan menarik dengan ansuran bulanan serendah RM498 menanti. Servis lepas jualan Additional Mile juga ada untuk memastikan pengalaman pemilikan kenderaan anda lebih menyenangkan.
Selain Toyota, jenama lain yang akan turut serta dalam ACE 2022 ialah Hyundai, Nissan, Honda, Proton, Perodua dan Subaru. Wakil daripada jenama premium juga ada, dengan Mercedes-Benz (melalui Cycle & Carriage) dan BMW/MINI (melalui Wheelcorp Premium) akan ikut serta. Sama seperti PACE, anda berpeluang untuk memandu uji dan membeli kenderaan yang dihajatkan sepanjang ACE 2022 berlangsung — unit baru atau terpakai, semuanya ada, dengan tawaran menarik daripada semua jenama yang terlibat.
Ada banyak lagi tawaran menarik lainnya. 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan baru akan menerima gabungan baucar bernilai RM2,500 yang terdiri daripada baucar RM500 bagi filem penapis haba V-Kool, RM500 bagi baucar Dodomat, baucar RM500 untuk penapis udara Blueair, baucar RM500 Recaro untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dan baucar RM500 DK Schweizer bagi balutan kulit kustom untuk ruang dalaman kenderaan.
myTukar juga menawarkan baucar RM1,000 bagi 25 pelanggan pertama yang membuat tempahan kereta terpakai atau trade-in kenderaan mereka menerusi platform berkenaan. Mereka yang trade-in kenderaan akan menerima baucar RM500 masing-masing untuk V-Kool dan Blueair. Sementara 25 lagi pelanggan terawal yang membuat tempahan kereta terpakai akan menerima baucar RM500 untuk Dodomat dan RM500 untuk kerusi kanak-kanak Recaro. Jika anda trade-in kenderaan dan menempah kereta terpakai lain sekaligus, jumlah baucar akan meningkat kepada RM1,500.
Hadiah tidak berakhir di situ. Tempahan kereta baru yang telah disahkan pula akan membolehkan anda untuk layak dalam cabutan bertuah dengan tawaran pelbagai hadiah, termasuk 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan hadiah utama terdiri daripada pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!
Walaupun dengan peraturan pandemik Covid-19 yang semakin longgar kini, kami masih akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan semua orang. Pengunjung adalah digalakkan untuk menggunakan pelitup muka sepanjang masa ketika berada di dalam ruang pameran, dan cecair sanitasi tangan juga akan diletakkan di beberapa tempat di sepanjang acara berlangsung.
Banyak lagi perincian promosi yang akan kami kongsikan daripada jenama-jenama yang ikut serta nanti, jadi teruskan bersama kami. Sementara itu, tandakan kalendar anda untuk 5-6 November 2023 untuk ACE 2022 di SCCC. Jumpa di sana!
Hey there, fellow video game enthusiast! Have you heard about the hottest buzz in the…
Basement waterproofing is a critical account for homeowners in Murrieta, CA, and for good reason.…
Here you are in the thrilling universe of Terong123 Games! Imagine walking into a realm…
Hello to both Fort Worth locals and those just passing through! If your living space…
First, let's clarify what we mean by "long-necked cats." We're talking about decorative figurines or…
Hey there! So, you're interested in trying your luck with the Cambodia Lottery. Well, you're…