Yamaha Tenere 700 2023 dapat skrin TFT lima inci boleh sambung kepada telefon, sistem ABS tiga mod

2

[ad_1]

Februari lalu, Yamaha telah memperkenalkan Tenere 700 World Raid, yang merupakan sebuah versi prestasi bagi Tenere 700, dan dijual pada harga USD2,500 (RM10,000) lebih tinggi berbanding mannequin biasa. Sekarang, mereka mengambil keputusan membawa beberapa peningkatan yang ada pada versi World Raid, kepada mannequin biasa keluaran tahun 2023.

Ini termasuklah skrin TFT lima inci yang boleh disambung kepada telefon bimbit melalui aplikasi MyRide untuk memaparkan notifikasi, sistem ABS yang mempunyai pilihan tiga mod iaitu On, Rear Off dan ABS Off, serta penukar gear yang sudah tersedia untuk dipadankan bersama quickshifter. Bagi Tenere biasa mannequin keluaran tahun 2023, semua ciri ini diberikan secara commonplace.

Bahagian lain motosikal twin goal ini masih sama, termasuklah enjin, iaitu unit dua silinder selari DOHC 689 cc, bersama kotak gear enam kelajuan, mampu menghasilkan kuasa 73.4 PS pada 8,750 rpm dan 67 Nm tork pada 6,500 rpm. Tangki bahan api masih berkapasiti 16 liter (versi World Raid mempunyai dua tangki bahan api tambahan berkapasiti 23 liter di bahagian tepi).

Kedua-dua suspensi hadapan dan belakang Tenere 700 2023 boleh dilaras, dan ia terdiri daripada fork USD 43 mm dengan jarak gerak 210 mm (World Raid mempunyai jarak gerak 230 mm), serta monoshock dengan jarak gerak 200 mm di belakang. Rim menggunakan padanan saiz 21 inci di hadapan, dan 18 inci di belakang, dibalut dengan tayar Pirelli Scorpion Rally.

Perincian lain Tenere 700 2023 adalah tinggi tempat duduk 875 mm (World Raid 890 mm), jarak kelegaan dari tanah 240 mm, brek cakera 282 mm berkembar di hadapan, 245 mm di belakang, kesemua lampu jenis LED, penghadang angin jenis Rally serta penghadang tangan plastik.



[ad_2]
Source link