Petronas Mesra Bonanza Lagi Onz dilancar; menangi Mercedes-Benz EQA, pakej percutian bernilai RM15k
[ad_1]
Petronas Dagangan Berhad (PDB) telah melancarkan kempen penghargaan terkini, yang dinamakan sebagai Kempen Mesra Bonanza Lagi Onz khas untuk para pelanggan setianya. Ia menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi, termasuklah kenderaan elektrik, skuter, telefon pintar dan banyak lagi.
“Kami sentiasa mencari cara terbaik untuk menggembirakan pelanggan setia kami. Hari ini, kami teruja untuk memperkenalkan Mesra Bonanza Lagi Onz, kempen ganjaran kesetiaan yang inklusif yang kami pasti akan mengujakan pelanggan kami, kata pengurus besar bahan api runcit PDB Norazlan Subaha.
Kempen ganjaran kesetiaan Mesra Bonanza Lagi Onz ini berlangsung selama tiga bulan bermula 1 November 2022, sehingga 31 Januari 2023, di mana pemenang akan diberikan ganjaran setiap bulan, serta berpeluang memenangi hadiah utama yang berupa sebuah Mercedes-Benz EQA, sementara dua pemenang di tempat kedua pula masing-masing bakal menerima baucar percutian bernilai RM15,000.
Terdapat juga hadiah yang bakal dimenangi setiap bulan, termasuklah skuter Honda ADV150 (seunit untuk setiap bulan), Apple iPhone 14 128GB (enam unit untuk setiap bulan), jam pintar Garmin Venu SQ2 (12 unit untuk setiap bulan), baucar minyak bernilai RM50 (110 setiap bulan), baucar Setel bernilai RM50 (60 untuk setiap bulan), baucar membeli-belah bernilai RM50 (50 untuk setiap bulan), cenderahati Petronas LPG bernilai RM100 (20 untuk setiap bulan), minyak pelincir Petronas Syntium (20 untuk sebulan), dan 5,000 mata ganjaran Mesra bernilai RM50 (120 untuk setiap bulan).
Untuk menyertainya, pelanggan Petronas yang berbelanja minimal RM40 ketika mengisi minyak di mana-mana stesen Petronas atau melalukan transaksi runcit bernilai RM10 dalam satu resit di Kedai Mesra berpeluang memenangi cabutan hadiah bulanan. Manakala pelanggan yang berbelanja sejumlah RM700 ke atas sepanjang tempoh kempen ganjaran ini, berpeluang memenangi hadiah utama iaitu kereta elektrik Mercedes-Benz EQA.
Sebagai tambahan, pelanggan yang membayar pembelian mereka menerusi aplikasi mobil Setel, memberikan peluang berganda untuk menyertai kempen ini. Manakala pelanggan yang membayar menggunakan kad debit atau kredit atau CardTerus menerusi aplikasi Setel dapat peluang empat kali ganda untuk penyertaan.
“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Petronas sekali lagi dalam kempen Mesra Bonanza Visa. Pemegang kad kami yang dihargai berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah bernilai lebih RM500,000 setiap kali mereka membayar minyak dan pembelian lain di Petronas menggunakan kad Visa mereka,” kata Ng Kong Boon selaku pengurus negara Visa untuk Malaysia.
[ad_2]
Source link