JPJ eBID: QAB_F, QS_R dan MDR bakal dibuka bidaan
[ad_1]
Kali ini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempromosikan tiga siri nombor plat pendaftaran secara serentak, iaitu satu dari Melaka dan dua dari Sarawak, yang bakal membuka bidaan secara dalam talian tidak lama lagi menerusi platform JPJ eBid.
Siri plat nombor dari Sarawak, QAB_F, bakal dibuka bidaan bermula 2 November 2022. Diberikan tempoh bidaan selama lima hari dan ia akan berakhir jam 10 malam pada 6 November ini. Keputusannya akan dikeluarkan pada keesokan harinya, 7 November 2022. Keseluruhan proses adalah secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik dan buruk juga menerusi e-mel.
Manakala satu lagi siri dari negeri yang sama, QS_R pula akan boleh dibida mulai 13 November ini. Diberikan tempoh bidaan selama lima hari sehingga jam 10 malam pada 17 November dan keputusannya akan dikeluarkan pada 18 November.
Bagi siri plat nombor dari Melaka pula, MDR, bidaannya akan bermula pada 10 November. Juga tempoh bidaannya diberikan selama lima hari dan berakhir pada 14 November. Keputusannya akan dikeluarkan keesokan harinya iaitu pada 15 November 2022.
Dah tak perlu nak dapatkan khidmat pihak ketiga termasuk runner yang adakalanya menetapkan kadar caj yang tidak masuk akal. Jadi, anda boleh lakukan sendiri bidaan ini termasuk mendapatkan siri nombor pendaftaran dari Sarawak mahu pun Sabah walau pun anda berada di Semenanjung Malaysia. Untuk mengetahui cara-cara untuk membida menerusi JPJ eBid, anda boleh KLIK PAUTAN INI.
[ad_2]
Source link