KTM RC8C 2023 didedah- 200 unit sahaja, RM187k

3

[ad_1]

KTM telah memperkenalkan RC8C 2023, iaitu sebuah mannequin yang dibuat khas untuk kegunaan litar, dan hanya akan dikeluarkan sebanyak 200 unit sahaja. Mannequin generasi kedua ini datang dengan berat yang lebih ringan, sistem elektronik dipertingkat serta enjin LC8c yang dinaik taraf.

Kuasa yang mampu dihasilkan oleh enjin dua silinder selari 889 cc ini bertambah 7 hp, menjadi 135 hp pada 11,000 rpm dan 98 Nm tork pada 8,250 rpm, hasil daripada penggunaan connecting rod titanium, nisbah mampatan yang lebih tinggi, piston two-ring, throttle physique lebih besar serta tekanan pam bahan api yang dipertingkat.

Mencatat berat cuma 142 kg, RC8C dibina atas cais khas perlumbaan dan datang dengan sistem ekzos lengkap Akrapovic titanium. Ia kemudiannya dipadankan bersama sistem suspensi WP Professional, brek Brembo spesifikasi lumba serta rim solid Dymag.

Sistem elektronik lengkap pada motosikal ini menyediakan fungsi kawalan cengkaman, pemetaan enjin serta engine braking yang boleh dilaras mengikut kesesuaian penunggang. Beberapa bahagian lain seperti steering head, triple clamp, serta maklum balas pendikit dan brek juga boleh dilaras.

Membantu penggunaan motosikal ini di dalam trek adalah pencatat masa dan information logger, melalui panel paparan AIM serta butang kawalan inspirasi daripada jentera lumba RC16 MotoGP. Penukar gear RC8C datang terus dalam tetapan GP, dan dilengkapi dengan quickshifter (naik dan turun).

Komponen lain yang dipasang pada RC8C adalah termasuk fender gentian karbon, tayar slick Pirelli Diablo serta penyejuk minyak tambahan. Tempahan awal untuk RC8C akan dibuka esok dengan bayaran awal 2,600 USD (RM12,287), sementara harga penuh motosikal disiarkan pada 39,599 USD (RM187,144).



[ad_2]
Source link