Karamjit Singh menang besar di Suwarnadwipa Nusantara Problem 2022, rangkul 3 gelaran juara!

0

[ad_1]

Foto ehsan Adi Wibowo dari Komunitas Rally Indonesia

Selepas kecundang awal kerana kerosakan mekanikal di APRC Danau Toba Rally 2022, Indonesia bulan lalu, Karamjit Singh dan jururahnya, Jagdev Singh tidak terus membawa pulang Proton Gen2 4WD Turbo mereka balik ke Malaysia. Sebaliknya jentera berkenaan diperbaiki bagi bersiap sedia untuk menyertai pula Suwarnadwipa Nusantara Problem 2022 yang berlangsung di Sirkuit Suwarnadwipa Nusantara, Muara Bungo, Jambi.

Tiga perlumbaan serentak berlangsung di litar yang khas dibangunkan untuk rali ini iaitu pusingan keempat Kejurnas Rally Dash Indonesia yang berlangsung pada 21 Oktober, serta pusingan ketiga dan keempat Kejurnas Rally Indonesia yang berlangsung dari 22 hingga 23 Oktober.

Kali ini, Karam menang besar – muncul juara untuk kelas M3 dan kelima secara keseluruhan dalam Rally Dash, juara kelas M3 dan kelima keseluruhan dalam Kejurnas Rally pusingan ketiga, serta juara kelas M3 dan keempat secara keseluruhan dalam Kejurnas Rally pusingan keempat!

Walaupun Karamjit Singh hanya memandu Proton Gen2 2.0L Turbo dengan enjin dan sistem 4WD yang diambil dari Evo 6 yang sudah pun berumur 15 tahun dan hanya dikelaskan dalam kategori M3 (jentera 4WD 2.0L Turbo yang tidak menerima homologasi FIA), masa yang dicatatkan oleh Karamjit nyata lebih pantas dari beberapa jentera M1 seperti Skoda Fabia R5, dan tidak jauh ketinggalan dari saingan utama kelas M1 seperti Mitsubishi Xpander AP4 yang dipandu Rifat Sungkar (Xpander Rally Workforce).

Ini membuktikan Karamjit masih lagi kompetitif untuk bertanding di peringkat antarabangsa, bertarung dengan pasukan-pasukan besar sekurang-kurangnya pada peringkat Asia Pasifik. Harapnya perancangan Karamjit untuk kembali ke kelas utama APRC menjadi kenyataan; mungkin kita boleh tengok pertarungan epik Mitsubishi Xpander AP4 vs. Toyota GR Yaris AP4 vs. Proton Iriz R5 selepas ini?



[ad_2]
Source link