Pra-Milik Bertauliah Proton – semua kereta dijual di bawah program ini diberi jaminan lanjutan 1-tahun

6

[ad_1]

Proton telah mengumumkan, semua kereta yang dijua di bawah program Pra-Milik Bertauliah PROTON (PCPO) bakal diberikan jaminan lanjutan selama satu tahun bagi memberikan ketenangan fikiran kepada pembeli berkuatkuasa serta merta. Sebelum ini, waranti lanjutan tersebut hanya ditawarkan untuk kenderaan Proton dan tidak digunapakai untuk kenderaan di bawah jenama lain yang dijual menerusi program PCPO.

Menurut Proton, semua kenderaan PCPO yang dijual melalui cawangan kereta terpakai Proton layak untuk Program Waranti Lanjutan PCPO (PCPO-EW) yang ditaja jamin oleh Allianz Common Insurance coverage. Di bawah program ini, bahagian enjin dan transmisi yang didapati rosak semasa penggunaan biasa akan dibaiki atau diganti untuk tempoh 25,000km atau 12 bulan.

“Proton ingin mengalu-alukan Allianz sebagai rakan kongsi insurans dalam usaha kami untuk memberikan jaminan tambahan kepada pelanggan. Dengan jaminan lanjutan, pemilik kenderaan PCPO dilindungi daripada kos yang tidak dijangka akibat kegagalan mekanikal untuk bahagian enjin dan transmisi,” kata Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Tambahnya lagi, “Dengan jumlah jualan Proton yang meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah melihat peningkatan yang sama dalam transaksi jual beli atau tukar beli. Oleh itu, dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan kami untuk memastikan pemilikan kenderaan PCPO adalah pengalaman yang memuaskan dan setanding dengan jenama lain.:

Sejak penubuhannya pada 2019, unit Pengurusan Kereta Terpakai (UCM) Proton telah mempunyai 36 cawangan yang menjual kenderaan PCPO dalam negara. Di mana kenderaan yang dijual di bawah program PCPO akan menjalani pemeriksaan menyeluruh 201 mata dan dijamin bebas daripada sebarang kerosakan banjir atau kemalangan besar. Selain menikmati jaminan lanjutan satu tahun yang meliputi enjin dan transmisi, pelanggan juga mendapat sekali perkhidmatan servis asas yang percuma selepas enam bulan dari tarikh pembelian.



[ad_2]
Source link