ACE 2022 paultan.org 5-6 November ini — tawaran menarik kenderaan baru dan terpakai, baucar RM2.5k

0

[ad_1]

Selepas kejayaan pameran jualan Premium Auto Automotive Expo (PACE) anjuran paultan.org Mac lalu, kini tiba masa untuk sebuah lagi cara serupa yang menampilkan lebih banyak kenderaan dari jenama massa, Auto Automotive Expo (ACE). Edisi tahun 2022 ini — yang merupakan tajaan bersama oleh Petron, Yinson Greentech dan myTukar — dijadualkan berlangsung pada hujung minggi 5-6 November 2022, bertempat di Pusat Persidangan Setia Metropolis (SCCC).

Sama seperti tahun lalu, acara jualan kenderaan ini menjanjikan pelbagai tawaran menarik ke atas pelbagai jenis kenderaan daripada pelbagai jenama. Antara jenama yang bakal ikut serta adalah Honda, Toyota, Nissan, Hyundai, Proton, Perodua dan Subaru. Selain itu, wakil daripada jenama premium juga ada, dengan Mercedes-Benz (melalui Cycle & Carriage) dan BMW/MINI (melalui Auto Bavaria) akan ikut serta.

Sama seperti PACE, anda berpeluan untuk memandu uji dan membeli kenderaan yang dihajatkan sepanjang ACE 2022 berlangsung — unit baru atau terpakai, semuanya ada, dengan tawaran menarik daripada semua jenama yang terlibat.

Selain daripada promosi daripada jenama terlibat, yang akan kami umumkan dari semasa ke semasa, anda juga boleh menikmati tawaran khas oleh paultan.org. 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan baru akan menerima baucar gabungan bernilai RM2,500 yang terdiri daripada baucar RM500 bagi filem penapis haba V-Kool, RM500 bagi baucar Dodomat, baucar RM500 untuk penapis udara Blueair, baucar RM500 Recaro untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dan baucar RM500 DK Schweizer bagi balutan kulit kustom untuk ruang dalaman kenderaan.

myTukar juga menawarkan baucar RM1,000 bagi 25 pelanggan pertama yang membuat tempahan kereta terpakai atau trade-in kenderaan mereka menerusi platform berkenaan. Mereka yang trade-in kenderaan akan menerima baucar RM500 masing-masing untuk V-Kool dan Blueair. Sementara 25 lagi pelanggan terawal yang membuat tempahan kereta terpakai akan menerima baucar RM500 untuk Dodomat dan RM500 untuk kerusi kanak-kanak Recaro. Jika anda trade-in kenderaan dan menempah kereta terpakai lain sekaligus, jumlah baucar akan meningkat kepada RM1,500.

Hadiahnya tidak berakhir di situ. Tempahan kereta baru yang telah disahkan pula akan membolehkan anda untuk layak dalam cabutan bertuah dengan tawaran pelbagai hadiah, termasuk 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan hadiah utama terdiri daripada pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

Walaupun dengan peraturan pandemik Covid-19 yang semakin longgar kini, kami masih akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan semua orang. Pengunjung adalah digalakkan untuk menggunakan pelitup muka sepanjang masa ketika berada di dalam ruang pameran, dan cecair sanitasi tangan juga akan diletakkan di beberapa tempat di sepanjang acara berlangsung.

Banyak lagi perincian promosi yang akan kami kongsikan daripada jenama-jenama yang ikut serta nanti, jadi teruskan bersama kami. Sementara itu, tandakan kalendar anda untuk 5-6 November 2023 untuk ACE 2022 di SCCC. Jumpa di sana!



[ad_2]
Source link