Satu lagi kes lori rempuh kereta di Tambak Johor; sebabkan Perodua Bezza ‘renyuk’, pemandu tersepit

0

[ad_1]

Baru sahaja bulan Julai lalu berlaku satu insiden kereta dirempuh lori di Tambak Johor, dan semalam satu lagi insiden yang sama berlaku dan videonya telah dimuat naik oleh laman Fb SG Street Vigilante.

Menurut laman tersebut, kejadian ini berlaku pada 13 oktober 2022 sekitar pukul 9 pagi. Menerusi video dashcam yang dimuat naik, dapat dilihat lori berkenaan merempuh kereta perakam video berkenaan (Toyota Mark X) dari belakang ketika sedang beratur.

Walaupun sudah merempuh sebuah kereta, ia masih tidak cukup untuk menghentikan lori tersebut dan ia terus meluru kehadapan dan merempuh sebuah Perodua Bezza. Malang sekali, Bezza berkenaan ‘renyuk’ kerana terhimpit di antara lori yang hilang kawalan itu dan sebuah lagi lori yang juga sedang beratur di hadapannya.

Dalam laporan Channel Information Asia, pemandu Bezza yang terperangkap di dalam keretanya berjaya dikeluarkan, dan polis mengesahkan bahawa dia telah di bawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk menerima rawatan. Dia mengalami kecederaan yang dikelaskan di bawah “zon kuning”, diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi.

Laporan berita tersebut turut menyatakan bahawa kesemua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu adalah menggunakan nombor pendaftaran Malaysia. Pemandu lori yang hilang kawalan berkenaan (berkemungkinan kerana masalah brek) juga merupakan warganegara Malaysia yang berumur 30-tahun.

Insiden ini juga telah menyebabkan kesesakan di Tambak Johor yang sememangnya sesak kerana dua dari tiga lorong di jalan tersebut terpaksa ditutup.

Sudah terlalu banyak insiden seperti ini berlaku dalam negara, dan ia turut pernah meragut nyawa, walaupun di Malaysia setiap kenderaan perdagangan diwajibkan menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), bagi memastikan ia selamat digunakan di atas jalan raya.

Antara pemeriksaan yang kritikal setiap kali kenderaan-kenderaan berkenaan diperiksa adalah pemeriksaan brek – kenderaan yang gagal dalam ujian ini akan disenarai hitamkan dan keputusan pemeriksaan berkenaan akan dihantar ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Buat masa sekarang, dalam senarai pemeriksaan yang dibuat oleh Puspakom terhadap kenderaan komersil, hanya kegagalan sistem brek perlu dirujuk semula kepada JPJ, di mana pemilik perlu membaiki kegagalan sistem brek berkenaan dan kemudian perlu membuat permohonan untuk menjalani pemeriksaan semula.

Selepas berlakunya insiden di Tambak Johor Julai lalu, JPJ telah merancang tindakan bersepadu melalui pemantauan dan peningkatan intensiti penguatkuasaan roadworthiness termasuk memperketat Prosedur Operasi Commonplace (SOP) pemeriksaan kenderaan dengan kerjasama Puspakom.

Namun sehingga kini, kejadian rempuhan lori-lori ‘brek rosak’ ini nampaknya secara terus-menerus masih berlaku, dan tidak mustahil kita adalah mangsa seterusnya. Apa yang tidak kena sebenarnya?



[ad_2]
Source link