Yamaha NVX155 pasaran Malaysia diperkenal dalam empat warna baru – dua varian, harga dari RM9.6k
[ad_1]
Yamaha NVX155 yang dilancarkan tahun lalu (juga dipanggil sebagai NVX V2) kini diperkenalkan dengan dua pilihan warna baru bagi setiap varian, iaitu Cyan dan Matt Gray untuk Commonplace, dan Mystique Ruby dan Platinum Navy untuk ABS. Harga NVX155 Commonplace adalah RM9,598, manakala NVX155 ABS adalah RM11,498, tidak termasuk insurans.
Spesifikasi teknikal skuter ini tidak berubah, di mana ia masih dipacu oleh enjin satu silinder SOHC suntikan bahan api 155 cc dengan sistem VVA, menghasilkan 15.4 PS pada 8,000 rpm dan 13.9 Nm tork pada 6,500 rpm. Transmisi adalah unit CVT tali sawat.
Meskipun versi normal dijual pada harga lebih murah kerana tidak dilengkapi dengan brek ABS, ia masih datang dengan panel instrumen digital LCD yang boleh disambungkan kepada aplikasi Y-Join di telefon bimbit, lampu LED depan dan belakang, serta tangki bahan api 5.5 liter. Kelebihan varian ABS selain sistem brek ABS one-channel adalah sistem begin/cease, suspensi belakang dengan subtank serta sistem kunci pintar.
Kelengkapan lain antara dua varian NVX155 ini adalah sama, termasuk brek hadapan jenis cakera, brek belakang dram, soket pengecas USB, rim 14 inci depan dan belakang dengan tayar 110/80 dan 140/70, fork teleskopik dan dua penyerap hentak di belakang.
Setiap pembelian akan didatangkan dengan jaminan pengeluar dua tahun atau 20,000 km, serta kunci cakera brek bernilai RM100 secara percuma.
GALERI: Yamaha NVX155 2022 Commonplace
GALERI: Yamaha NVX155 2022 ABS
[ad_2]
Source link