BMW Motorrad M1000RR dan M1000RR M Competitors diperkenal – pakej aerodinamik gentian karbon, 212 hp

4

[ad_1]

Selepas memberikan peningkatan kepada S1000RR, BMW Motorrad kini memperkenalkan pula superbike M1000RR dan M1000RR M Competitors. Seperti yang boleh dilihat daripada huruf ‘M’ yang terdapat padanya, mannequin ini dibangunkan untuk tujuan perlumbaan, serta menguatkan lagi aspirasi jenama tersebut dalam perlumbaan World Superbike Championship (WSBK).

Pakej aerodinamik motosikal ini telah diperbaiki, dengan ia kini dapat memberikan lebih daya tolak ke bawah termasuk waktu motosikal condong mengambil selekoh. Ia juga membawa kepada laju maksimum yang lebih tinggi, iaitu 314 km/j, daripada 306 km/j.

Anda boleh melihat kejuruteraan aerodinamik M pada motosikal ini melalui winglet baru, penutup roda hadapan dengan salur angin brek bersepadu (untuk kedua-dua versi), dan M Aero Wheel Covers (untuk M1000RR M Competitors sahaja). Penghadang angin hadapan yang lebih tinggi memberi lebih perlindungan angin kepada penunggang, sementara fairing baru padanya pula dibuat daripada gentian karbon.

Barangan lain yang diberikan secara commonplace adalah rim M Carbon, yang diperkemas dengan cat lutsinar (clear lacquer), serta pelekat yang tertulis BMW Motorrad M. Untuk lebih prestasi, pemilik boleh mendapatkan rim cast light-weight yang dijual secara berasingan.

Pada bahagian enjin, unit empat silinder daripada S1000RR telah diubahsuai dengan sistem salur udara yang lebih pendek, bersama corong yang dibuat secara CNC, connecting rod titanium Pankl – lebih panjang tetapi 85 gram lebih ringan – serta piston cast yang membolehkan ia dikerah sehingga 14,500 rpm dan menghasilkan kuasa keseluruhan 212 hp dan 113 Nm pada 11,000 rpm.

Sistem ekzos turut menyumbang kepada pengurangan berat motosikal ini, dengan penggunaan manifold serta ekzos titanium. Sistem bantuan elektronik penuh diperlengkapkan pada M1000RR, termasuk tujuh mod tunggangan.

Selain Dynamic Traction Management (DTC) dan Wheelie Management, M1000RR juga membenarkan pelarasan dua mod pada pendikit manakala pelarasan engine braking boleh dilakukan dalam mod Race Professional. Quickshifter yang boleh digunakan untuk turun dan naik gear datang secara commonplace (boleh ditukar untuk tetapan biasa dan race), bersama Launch Management dan pengehad kelajuan dalam pit.

Sekiranya memilih mannequin M Competitors, motosikal akan dinaik taraf dengan M GPS Laptrigger dan kod pengaktifan, pakej barangan milled M, pakej M Carbon serta lengan ayun 220 gram lebih ringan. Pakej ini juga termasuk dengan rantai DLC-coated M Endurance serta penutup tempat duduk penumpang.

Melengkapkan senarai barangan motosikal prestasi ini adalah bateri M serba ringan, soket pengecas USB, lampu LED, cruise management dan pemanas tangan. Pilihan warna yang diberi untuk M1000RR adalah Lightwhite, sementara M1000RR M Competitors pula disediakan dalam warna Blackstorm.



[ad_2]
Source link