KW hasilkan suspensi adaptif boleh laras untuk EV BMW i4 eDrive40 – berfungsi dengan elektronik OEM!

2

[ad_1]

Suspensi adaptif yang dipadankan pada kereta-kereta prestasi moden telah merubah sepenuhnya praktikaliti kenderaan-kenderaan sedemikian. Jika dahulu untuk mendapatkan pengendalian yang lebih baik keselesaan perlu dikorbankan kerana pemadanan set suspensi yang lebih keras, tetapi dengan suspensi adaptif, talaan antara selesa dan prestasi dapat dipilih semudah menekan butang mod pemanduan.

Namun suspensi adaptif ini masih ada kekurangan, terutamanya bagi mereka yang mahukan kereta lebih rendah dari normal; tak kiralah sama ada mahukan kestabilan yang lebih baik, atau semata-mata mahukan rupa yang lebih agresif. Ini kerana untuk merendahkan kereta, sudah tentu suspensi aftermarket yang boleh dilaras ketinggiannya perlu digunakan, sekaligus tiada lagi fungsi suspensi adaptif dapat digunakan.

Oleh itu, pembuat suspensi prestasi dari Jerman iaitu KW Suspension memperkenalkan siri suspensi KW Adaptive DDC Coilover Package, iaitu equipment suspensi yang memberikan fungsi larasan tinggi-rendah tetapi masih mengekalkan fungsi suspensi adaptif asal kereta berkenaan, dan ia boleh dipadankan secara plug & play dan terus berfungsi dengan mod pemanduan OEM kereta tersebut.

Dan terbaharu, KW Adaptive DDC Coilover Package berkenaan dihasilkan untuk mannequin sedan elektrik penuh (EV) BMW iaitu i4 eDrive40 G26 yang dibekalkan dengan sistem suspensi adaptif M BMW. Dan menurut KW, equipment suspensi logam tahan karat itu boleh menggantikan terus penyerap hentak adaptif BMW M pada mannequin tersebut secara plug & play.

Menerusi set suspensi KW DDC ini, pemilik boleh merendahkan BMW i4 eDrive40 mereka dalam julat 20 hingga 40 mm pada bahagian hadapan dan 15 hingga 35 mm pada bahagian belakang. Menurut KW, sistem ini dihasilkan dengan teknologi yang sama mereka gunakan dalam pembangunan suspensi OEM kereta elektrik hyper Rimac Nevera.

Injap elektromagnetik di dalam penyerap hentak KW DDC tersebut akan bertindak balas dalam masa milisaat dan terus boleh dikawal serta dilaras sepenuhnya menerusi sistem elektronik OEM asas BMW, dan masih menggunakan penderia-penderia normal yang dibekalkan pada i4 eDrive40 berkenaan. Malah sistem lampu hadapan dengan larasan automatik yang berfungsi menerusi penderia yang terletak pada gandar belakang sedan EV tersebut juga masih berfungsi secara regular dengan menggunakan equipment suspensi dari KW ini.

“Sistem kawalan penyerap hentak BMW tidak perlu dinyah aktifkan, seperti kes-kes lain apabila memasang equipment suspensi sport konvensional. Pelbagai equipment coilover KW DDC Plug & Play sentiasa menampilkan pemadanan yang serasi bersama sistem OEM. Larasan semula atau mengubahsuai perisian kawalan suspensi BMW tidak diperlukan kerana injap DDC adalah dihasilkan khas untuk sistem BMW,” kata Florian Johann dari pasukan pengurusan jenama KW.

Menurut KW, dalam mod Consolation, suspensi DDC KW ini masih menyerap hentakan dari permukaan jalan yang tidak elok tanpa mengorbankan kestabilan ketika mengambil selekoh, walaupun sedang menampung berat 2.2 tan sedan elektrik BMW i4 eDrive40 berkenaan. Malah keselesaan ketika olengan juga masih dikekalkan dalam mod-mod lain suspensi tersebut.

“Ia kini lebih selesa pada permukaan jalan yang beralun berbanding suspensi konvensional i4 tanpa penyerap hentak adaptif. Dalam mod Sport, kereta elektrik ini memberikan karekternya yang tersendiri dengan perincian tipikal sebuah kereta sport BMW dan ia masih selesa dalam perjalanan jarak jauh,” jelas Johann lagi.

BMW i4 eDrive40 ini telah membuat kemunculan pertamanya di Malaysia pada acara NEXTGen yang berlangsung pada Januari lalu. Ia kemudiannya diumumkan sudah boleh ditempah pada April, dan akan dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM389,800 untuk varian tunggal eDrive40 M Sport.

Sedan elektrik ini digerakkan menggunakan satu motor elektrik berkuasa 340 PS (335 hp atau 240 kW) dan tork maksima 430, dihantar ke roda belakang melalui transmisi satu kelajuan. Ini membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa 5.7 saat dengan kelajuan maksima 190 km/j. Dengan bateri berkapasiti 83.9 kWj, BMW i4 eDrive40 boleh bergerak sejauh 590 km dengan satu cas penuh.

GALERI: BMW i4 eDrive40 di Malaysia ketika acara NEXTGen 2022



[ad_2]
Source link