Laporan bahawa kualiti jalan raya Malaysia ke-12 terburuk di dunia tidak tepat – Kementerian Kerja Raya

1

[ad_1]

Susulan artikel sebuah akhbar tempatan bertajuk Malaysia ke-12 Terbawah Miliki Jalan Raya Terburuk yang dikeluarkan pada Isnin lalu, semalam Kementerian Kerja Raya (KKR) telah pun mengeluarkan satu kenyataan yang menyatakan bahawa laporan tersebut adalah tidak tepat dan mengelirukan, lapor Bernama.

Dalam kenyataan berkenaan, KKR menyatakan bahawa ia adalah kerana artikel tersebut menggunakan laporan Worst and Finest Roads – US and Worldwide Rating yang dijalankan oleh sebuah firma pendidikan pemandu Zutobi, dan ini memberikan persepsi yang kurang baik terhadap kualiti keseluruhan jalan raya di Malaysia.

KKR menjelaskan bahawa laporan dari Zutobi itu hanya mengambil kira empat faktor iaitu kualiti jalan raya, peningkatan kualiti jalan raya, kematian jalan raya dan saiz relatif rangkaian jalan raya dan hanya mengambil kira knowledge untuk 59 negara, bukan semua negara di dunia.

Kementerian tersebut turut memberitahu bahawa terdapat sebuah lagi kajian yang dikeluarkan Utusan Malaysia pada 10 Ogos lepas dengan tajuk “Kualiti jalan di Malaysia 21 terbaik di dunia, mengatasi Australia, Britain, New Zealand” dengan menggunakan sumber dikeluarkan oleh The International Economic system yang memperoleh knowledge berdasarkan komponen kualiti jalan diterbitkan oleh Indeks Daya Saing International.

“Kajian itu turut memetik sumber sahih daripada kajian eksekutif melibatkan sejumlah 14,000 tokoh dari 144 negara yang menyertai Discussion board Ekonomi Dunia yang berpusat di Davos, Switzerland,” kata kenyataan yang dikeluarkan berkenaan.

Kenyataan itu juga menyebut, berdasarkan knowledge daripada kajian Utusan Malaysia, tahap jalan raya negara ini adalah antara terbaik iaitu 5.3 mata daripada julat keseluruhan tujuh mata, di samping tahap jalan di Malaysia adalah lebih baik berbanding Sweden (ke-23), Kanada (ke-31), Australia (ke-33), Britain (ke-37) dan menduduki tangga kedua di Asia Tenggara, Malaysia menduduki tangga kedua selepas Singapura.

Walau bagaimanapun, KKR menyatakan bahawa pihaknya sentiasa mengambil perhatian terhadap semua laporan kajian yang diterbitkan sebagai satu kaedah semak dan imbang bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.

“Pelbagai komitmen berterusan dilaksanakan KKR khusus dalam menjaga kualiti jalan raya di negara ini, penyenggaraan ini difokuskan kepada Jalan Persekutuan dengan jumlah panjang 20,017 kilometer, selain KKR menerima sebanyak lebih RM900,000 peruntukan sebagai kos penyenggaraan jalan raya di seluruh negara dan 6,656 tampalan jalan berlubang telah dilaksanakan sehingga Ogos lepas,” tulis kenyataan itu lagi.



[ad_2]
Source link