Honda Forza 350 serba baru dilancar di Thailand – semua panel badan diubah, enjin 329 cc 28.8 hp
[ad_1]
Baru sahaja diberikan peningkatan yang besar dua tahun lalu dengan termasuk perubahan enjin, Honda Forza 350 sekali lagi diperbaharui, dengan mannequin yang dipanggil sebagai serba baharu dilancarkan untuk pasaran Thailand dalam dua versi iaitu Normal dan Roadsync, pada harga masing-masing 181,000 baht (RM22,399) dan 179,000 baht (RM22,152).
Perubahan paling utama sebenarnya adalah pada penggayaan, namun ia memerlukan pemerhatian yang teliti untuk melihat perbezaannya. Hampir keseluruhan panel badan adalah berbeza berbanding sebelum ini, dan lampu LED hadapan dan belakang turut diubah dengan rekaan yang lebih garang.
Panel meter Forza 350 baru ini turut diubah, tetapi masih menggunakan gabungan analog dan LCD digital, bukannya TFT seperti kebanyakan motosikal moden sekarang. Selain daripada itu, senarai kelengkapan serta ciri teknikal skuter ini masih sama seperti mannequin yang diperkenalkan pada tahun 2020 (mungkin Thailand tidak menerima mannequin ini dan sebab itulah ia dipanggil sebagai serba baharu).
Forza 350 diperkenalkan sebagai pengganti untuk Forza 300 dan enjin satu silinder empat injap mannequin ini telah ditingkatkan untuk menjadi 329 cc sekaligus kuasanya meningkat 16%, dengan jumlah keseluruhan 28.8 hp pada 7,500 rpm dan 31.5 Nm tork pada 5,250 rpm.
Jika dibandingkan dengan Forza 300, selain kapasiti, beberapa bahagian lain dalam enjin turut dinaik taraf termasuk crankshaft 10% lebih ringan, throttle physique lebih besar (36 mm), injap lebih besar (28 mm), piston oil jet, lubang consumption dan ekzos yang diubah, ekzos direka semula serta pelaras rantai cam hidraulik. Transmisi adalah unit CVT yang menggunakan tali sawat untuk menghantar kuasa ke roda belakang.
Menjadikan skuter ini terus menarik adalah di hadapan terdapat penghadang angin yang boleh dilaras secara elektrik. Di bawah tempat duduk terdapat ruang simpanan yang boleh memuatkan dua helmet fullface dan juga soket pengecas USB. Tangki bahan api berkapasiti 11.7 liter.
Panel instrumen pada Forza 350 ini, walaupun bukan yang paling maju dalam pasaran, masih mempunyai sistem yang canggih di mana ia boleh disambungkan dengan Honda Smartphone Voice Management, tetapi hanya diberikan pada mannequin Roadsync sahaja. Skuter ini juga dilengkapi dengan sistem kawalan cengkaman Honda Selectable Torque Management (HSTC) yang boleh ditutup sekiranya mahu dan ABS two channel.
Kelengkapan lain pada Forza 350 adalah fork teleskopik, dua penyerap hentak di belakang, rim 15 inci di hadapan dan 14 inci di belakang, brek cakera tunggal 256 mm di hadapan dan 240 mm di belakang, berat 187 kg, tinggi tempat duduk 780 mm, sistem tanpa kunci dan semua lampu LED.
[ad_2]
Source link