Beberapa jalan di KL dinaiki air – orang ramai dinasihati elak laluan berkenaan agar tidak terkandas
[ad_1]
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur telah memaklumkan beberapa lokasi di sekitar ibu kota telah dinaiki air ekoran dilanda hujan lebat sejak sejam yang lalu.
Antara laluan yang terbabit ialah Jalan Kuching iaitu dari Taman Wahyu menghala ke Bulatan Batu Caves di mana dua lorong kanan digenangi air banjir. Selain itu lorong kanan di ‘Terowong Hantu’ di Jalan Tuanku Abdul Halim juga terdapat air bertakung.
Turut dimaklumkan, di Jalan Kuching dan Jalan Tuanku Abdul Halim iaitu hala ke persimpangan Semantan dari Taman Duta juga berlaku kesesakan lalu lintas ekoran air bertakung dan banjir kilat sejak jam 4 petang tadi.
Justeru, pihak JSPT KL menasihati pengguna jalan raya agar mengelakkan laluan berkenaan bagi mengurangkan risiko terkandas dalam kesesakan lalu lintas. Apa pun, teruslah berhati-hati di jalan raya dan tingkatkan fokus dalam pemanduan.
#kltu JALAN KUCHAI LAMA : Jangkakan kelewatan sekitar kawasan ini ekoran daripada air bertakung dan banjir kilat. Sila pandu dengan berhati-hati. pic.twitter.com/nuo30PtZus
— Astro Radio Visitors (@astrotraffic) October 4, 2022
#kltu JALAN TUANKU ABD HALIM: Banjir kilat dilaporkan berhampiran persimpangan Semantan telah mengakibatkan kesesakan dari Taman Duta. pic.twitter.com/AtJh3TCMt3
— Astro Radio Visitors (@astrotraffic) October 4, 2022
[TERKINI] Lokasi jalan yang dinaiki air sekitar Kuala Lumpur :
1. Jalan Kuching (Taman Wahyu hala ke Bulatan Bt Cave) – 2 lorong kanan dinaiki air.
2. Jalan Tunku Abdul Halim (Terowong Hantu) – Lorong kanan air bertakung. pic.twitter.com/AIQq1ujYPf
— Jabatan Penerangan WPKL???????? (@JaPenWPKL) October 4, 2022
[ad_2]
Source link