BYD bakal masuk M’sia di bawah Sime Darby Motors — EV Atto 3 dan e6 bakal jadi penawaran terawal
[ad_1]
Sime Darby Motors (SDM) Malaysia hari ini menandatangani persetujuan pengedaran untuk BYD, sebuah jenama pengeluar kenderaan tenaga baru utama di dunia. Ini juga akan menjadi permulaan kepada pengenalan model-model elektrik (EV) dari BYD untuk pasaran tempatan, dengan SDM bertindak selaku pengedarnya.
Dengan itu dua mannequin akan menjadi yang pertama untuk diperkenalkan di sini, iaitu BYD Atto 3 dan juga e6. “Selari dengan komitmen kami untuk merancakkan lagi penggunaan EV di Malaysia, kami berbesar hati untuk mengalu-alukan BYD ke dalam barisan jenama pengeluar kenderaan bertaraf dunia yang kami wakili.
BYD merupakan pengeluar utama bagi kenderaan tenaga baru dan kerjasama ini akan membawa kepakaran BYD ke pasaran Malaysia menerusi pelbagai mannequin EV nanti. Ini juga salah satu langkah yang diambil oleh Sime Darby Motors dalam matlamatnya untuk menjadi pendahulu dalam pasaran EV,” jelas Pengarah Urusan Sime Darby Motors, Andrew Basham.
Pengurus Besar, BYD Asia Pasifik Bahagian Jualan Auto, Liu Xueliang pula berkata; “Malaysia merupakan pasaran penting untuk kami memperluaskan jangkauan, memandangkan ia memiliki banyak peluang bagi pertumbuhan ekosistem EV. Dan, dengan rekod baik yang telah terbukti oleh Sime Darby Motors di Asia Pasifik, kami sangat teruja untuk menjadi rakan niaganya dalam memenuhi permintaan EV yang semakin meningkat di Malaysia.”
[ad_2]
Source link